Malaysia Oversight

Duit tak dak, jentera tak dak tapi nak jadi ketua

By MkiniBM in September 16, 2025 – Reading time 3 minute
Duit tak dak, jentera tak dak tapi nak jadi ketua


MUKTAMAR | Muhammad Md Nor hari ini kelihatan secara bersahaja menegur parti komponen PN kerana dianggap banyak bergantung kepada jentera parti dan kewangan untuk bertanding dalam pilihan raya.

Dalam ucapan penggulungannya sebagai naib presiden dan pengarah pilihan raya pada Muktamar ke-71, berkata ada parti yang “mai (datang) bertanding syok saja” dan dibantu oleh PAS.

Mengaitkan keadaan itu dengan sasaran memenangi PRU akan datang, berkata, parti terbabit kemudian dilihat mahu menjadi “ketua” namun gagal menyedari realiti kekurangan yang dialami oleh mereka.

“Kita menghadapi rakan-rakan (dalam PN) yang bergantung kepada peralatan yang kita bayar. Di sini (Kedah), saya fikir di tempat lain sama juga.

“Satu cawangan kita minta RM120,000 untuk satu UPU (unit peti undi). Sebelum ni semua peralatan itu kita bayar, depa mai bertanding syok aja. Habis tu nak jadi ketua? Duit tak dak, jentera tak dak, (harap) kita (PAS) semua.

“Jangan sampai kita ungkit ke semua,” katanya di Kota Sarang Semut di Alor Setar, Kedah.

Selain PAS, PN turut dianggotai Bersatu dan Gerakan sebagai parti utama.

Bersatu merupakan parti yang agak baru selepas ditubuhkan menjelang PRU ke-14 dan dilihat serba kekurangan dan banyak bergantung kepada PAS dalam gerak kerja masing-masing khususnya di , Terengganu, Kedah dan Perlis

Hubungan di antara PAS dan Bersatu dilihat tidak lagi mesra berikutan beberapa isu termasuk jawatan utama dalam PN yang sehingga kini belum diselesaikan.

Saran tubuh akademi pempengaruh

Terbaru, langkah sepihak Bersatu menamakan presiden mereka, Yassin, sebagai calon perdana menteri, sekali lagi mendapat reaksi tidak menyenangkan daripada PAS.

Antara lain pelbagai pihak dalam PAS menyatakan bahawa parti itu sepatutnya menerajui PN.

Ketika ini PAS memiliki jumlah ahli parlimen dan yang mengatasi Bersatu. PAS juga menerajui keempat-empat negeri yang ditadbir PN dengan wakil Bersatu menjadi sebahagian daripada exconya.

Menurut Sanusi dijangkakan PAS memerlukan sehingga RM1 juta bagi setiap kawasan parlimen yang ditandingi untuk menampung kos berkempen dan lain-lain. Justeru, katanya, ahli PAS perlu memberi perhatian kepada aspek tersebut.

Pada masa sama, Sanusi menjelaskan, PAS berharap parti rakan mereka memahami keadaan yang dihadapi dan akan mencontohi parti itu berkorban juga untuk memenuhi keperluan tersebut.

“Kawan-kawan kita yang tak cari duit dan tak ada jentera, mungkin boleh gantung ‘kain batik’ dan ‘kain pelekat’. (Pilihan raya) mahal oi, bukan murah,” sindirnya lagi.

Dalam ucapannya, Sanusi turut mengingatkan ahli PAS supaya berhenti bergaduh sesama sendiri jika mahu melihat parti itu memenangi PRU akan datang. Sebarang isu, katanya, mestilah diselesaikan sebelum PRU tiba.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari dalam ucapan penggulungannya mencadangkan parti itu menubuhkan akademi untuk pempengaruh media sosial bagi melahirkan watak pro-PAS di peringkat kawasan bagi membantu parti menyebarkan naratif mereka kepada pengundi.

“Akademi ini akan memainkan peranan dalam melatih influencer khususnya di peringkat cawangan. Isu tempatan mesti diketengahkan.

“Mereka mengangkat isu tempatan seperti isu jalan raya (yang rosak), isu perparitan, khususnya di negeri-negeri SG4.

“Mereka angkat (mainkan) seolah-olah ini merupakan isu yang besar. Jika tidak dikawal ia boleh menular masuk ke dalam pemikiran pengundi, dan kita harus bimbang tentang perkara ini,” katanya.



Source link