Malaysia Oversight

Lepas PM, Pemuda PAS namakan calon Ketua Menteri Sabah

By MkiniBM in September 16, 2025 – Reading time 1 minute
Lepas PM, Pemuda PAS namakan calon Ketua Menteri Sabah


MUKTAMAR | terus mengorak langkah menunjukkan keyakinan parti itu untuk memimpin apabila hari ini mereka sekali lagi mencuri tumpuan dengan perwakilan mendesak pucuk pimpinan tertinggi mengambil peranan big brother dalam gabungan PN.

Terbaru, perwakilan , Mohamed Sukri Omar, dalam perbahasannya mencadangkan agar mereka menamakan calon ketua menteri di Sabah.

Pilihan Ketua Pemuda PAS itu ialah lantikan di negeri tersebut, Dr Aliakbar Gulasan.

Ia diumumkan menjelang pilihan raya negeri yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Ditemui Malaysiakini kemudian, Sukri berkata, memang wajar PAS menjadi pengemudi PN dan parti itu wajar menerima cadangan agar Aliakbar dinamakan sebagai calon ketua menteri.

950a1035dce0738a7d22a5b912f185d4
Aliakbar Gulasan

“Dia telah pun membuktikan prestasinya sebagai lantikan dalam memimpin rakyat Sabah, bahkan dikenali masyarakat.

“Maka, adalah sangat sesuai dimulakan usaha mengemudi PN ini dengan menonjolkan Aliakbar sebagai calon ketua menteri pada PRN akan datang,” katanya kepada Malaysiakini.

Untuk rekod, Aliakbar merupakan ahli Jawatankuasa Pusat PAS bagi penggal lalu. Dia dilantik sebagai selepas PRN Sabah 2020 di bawah gabungan Gagasan Rakyat Sabah (GRS).

Namun, pada Jan 2023 Hajiji mengumumkan GRS sebagai satu gabungan tempatan di Sabah secara keseluruhan tanpa penglibatan parti-parti luar Sabah menyebabkan PAS bertindak sebagai pembangkang di DUN Sabah.

PRN Sabah dijangka akan didatang sebelum hujung tahun ini.



Source link