Malaysia Oversight

Pas tuntut DUN majoriti Melayu di Pulau Pinang

By Utusan in September 16, 2025 – Reading time 2 minute
pas


ALOR SETAR: menuntut supata kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai majoriti Melayu di Pulau Pinang wajar ditandingi oleh calon mereka dalam pilihan raya akan datang.

Perwakilan Pulau Pi­nang, Muhammad Hafiz Alias berkata, lebih 60 peratus pengundi di Pulau Pinang merupakan Melayu, namun dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu hanya 15 daripada 40 kerusi DUN yang memiliki majoriti Melayu ditandingi .

“Malangnya, ia menjadi titik hitam pada pilihan raya lepas apabila DUN Bayan Lepas jatuh ke tangan parti koalisi kita, iaitu Gerakan. Kami berhasrat menyatakan kepada kepimpinan, untuk mempertahankan kerusi-kerusi majoriti Melayu ini biarlah Pas yang bertan­ding.

“Majoriti pengundi di situ adalah pengundi Melayu. Mana mungkin orang bukan Melayu memimpin orang Melayu-? Kenapa mereka (Gerakan) tidak gentle seperti DHPP,” katanya ketika membahaskan ucaptama Presiden Pas pada Muktamar Pas ke-71 di sini hari ini.

Beliau turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan kepim­pinan PN Pulau Pinang yang dipengerusikan Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai kerana didakwa tidak mengambil peduli kebajikan wakil rakyat Pas dan Bersatu di negeri itu.

“Kami nak mengacum (mengadu) sikitlah dalam muktamar kali ini, kita berada dalam gabungan PN dan di Pulau Pinang pengerusinya ialah Presiden Gerakan. Tetapi beliau langsung tidak peduli dengan Pulau Pinang baik dari Pas atau Bersatu,” katanya.

Selain isu pembahagian kerusi, perwakilan Pas itu turut melahirkan kebimbangan terhadap tekanan politik di negeri itu termasuk dalam soal pengurusan masjid.

“Dalam pemilihan AJK masjid baru-baru ini, seolah-olah ada usaha menyekat golongan yang benar-benar mengimarahkan masjid, terutama mereka yang aktif dalam Pas, daripada dipilih memimpin.

“Sebabnya mudah, orang Pas memang sentiasa ke masjid. Bila orang kerap ke masjid, sudah tentu mereka jadi pilihan jemaah,” katanya. – UTUSAN





Source link