Malaysia Oversight

Mardhiyyah bangkit derita ‘pejuang digital’ PAS

By MkiniBM in September 15, 2025 – Reading time 2 minute
Mardhiyyah bangkit derita 'pejuang digital' PAS


MUKTAMAR | Seorang perwakilan hari ini menyuarakan kebimbangan terhadap kebajikan “pejuang digital” parti itu.

Mardhiyyah Johari, yang mewakili unit Ameerah untuk wanita muda, berkata terdapat penggiat media sosial pro-PAS yang menjadi mangsa buli siber, menerima ancaman keselamatan dan berdepan masalah dengan pihak berkuasa akibat kerja politik mereka.

Menurut Pengkalan Kundor itu, meskipun pencipta kandungan berperanan penting kepada PAS namun “kelihatannya mereka tidak diberi perlindungan dan sokongan sewajarnya.”

“Kita harapkan mereka agresif berjuang di barisan hadapan tetapi risikonya mereka tanggung sendiri dengan bantuan yang sangat minima daripada parti.

91ce13f7e6a739e3b4b7308014f2d5fe

“Maksud saya perlindungan atau sokongan apabila mereka berhadapan masalah sangat kurang.

“Saya pernah dihubungi oleh seorang influencer bukan PAS, bertanya ada atau tidak PAS bantu seorang influencer kita yang takut nak keluar bekerja selepas kandungan TikToknya mendapat notis tuntutan?

“Memandangkan saya berada dalam kalangan mereka,saya nak ambil kesempatan untuk mengangkat masalah yang influencer, Tiktokers dan pemain media sosial, supaya diketahui oleh perwakilan dan pimpinan PAS seluruh Malaysia,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Mardhiyyah berkata pempengaruh dan pencipta kandungan media sosial tidak boleh dibiarkan menghadapi masalah mereka tanpa bantuan sewajarnya.

8d3c780c3f0d35f47c87490fb4714daf

Peguam itu menjelaskan ada dalam kalangan mereka sedang berdepan saman sivil dengan tuntutan mencecah ratusan ribu ringgit, yang memerlukan nasihat serta khidmat guaman sewajarnya.

Katanya, meskipun biro undang-undang dan hak asasi manusia (Luham) PAS sentiasa bersiap siaga untuk membantu, tidak semua peguam mampu menyediakan khidmat guaman percuma.

“Para muktamirin sekalian, jika influencers ini memilih diam, maka followers mereka juga tidak sebarkan lagi content mereka.

“Algoritma di media sosial akan berubah. Ini patut kita risaukan.,” katanya.

Sehubungan itu, Mardhiyyah berkata Ameerah mencadangkan parti menubuhkan sebuah jawatankuasa khas di peringkat pusat untuk mengumpulkan dan menangani semua kes melibatkan influencer serta pemain media sosial yang aktif menjadi ejen PAS, sama ada mereka mempunyai ramai pengikut atau tidak.



Source link