Malaysia Oversight

Pegawai imigresen simpan RM1.5 juta dalam Tabung Haji, ASB

By TheSun in September 15, 2025 – Reading time 1 minute
Pegawai imigresen simpan RM1.5 juta dalam Tabung Haji, ASB


: Seorang pegawai Jabatan Imigresen dikesan menyimpan kira-kira RM1.5 juta dalam akaun miliknya serta keluarga hasil serbuan Op Rentas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur.

Hasil siasatan mendapati suspek mempunyai lebih RM1 juta dalam akaun atas nama dirinya, isteri dan anak-anak.

Lebih RM400,000 pula disimpan dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB).

SPRM turut merampas barang kemas bernilai anggaran RM60,000 serta wang tunai RM13,900 daripada suspek berkenaan.

Dalam operasi sama, SPRM Kuala Lumpur merampas wang tunai berjumlah RM150,000 termasuk RM125,000 yang ditemukan di atas bumbung rumah seorang pegawai wanita.

Barangan kemas bernilai RM15,000 turut dirampas daripada pegawai wanita tersebut.

Seorang lagi suspek wanita dikesan menyimpan barang kemas bernilai RM80,000 serta wang tunai RM41,470 dan 13,300 baht.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata ketiga-tiga suspek dipercayai bersekongkol dengan sindiket counter setting.

Mereka disyaki menerima rasuah sebagai balasan untuk memudahkan urusan kemasukan warga asing ke negara ini tanpa mengikut prosedur ditetapkan.

“Op Rentas telah dijalankan serentak di empat negeri oleh Bahagian Perisikan SPRM sejak Selasa lepas,“ katanya. – Bernama



Source link