Malaysia Oversight

Tujuh maut di ambang Hari M’sia

By MkiniBM in September 15, 2025 – Reading time 2 minute
Tujuh maut di ambang Hari M'sia


Tujuh orang terkorban manakala tiga lagi masih hilang selepas tanah runtuh dan banjir melanda Kota Kinabalu, Papar dan Penampang pada malam ambang Hari Malaysia.

Perkara itu mendorong negeri membatalkan sambutan rasmi di ibu negeri dan mengalihkan sepenuh tumpuan kepada usaha bantuan bencana.

Ketua Menteri Hajiji Noor mengesahkan dia telah memaklumkan kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Musa Aman, berhubung keputusan membatalkan acara malam Selasa di Padang Merdeka.

“Keutamaan segera ialah mengurus krisis ini, menyelaras usaha pemulihan dan memastikan operasi menyelamat dijalankan tepat pada masanya untuk komuniti terjejas,” katanya sambil menggesa orang ramai agar terus berwaspada dan bekerjasama dengan pasukan penyelamat.

Tragedi Kg Cenderakasih

Kejadian paling buruk berlaku di Kampung Cenderakasih, Kota Kinabalu apabila deretan rumah kayu musnah ditimbus lumpur, pokok dan runtuhan.

Sebelas orang terperangkap. Empat remaja lelaki berjaya diselamatkan hidup-hidup, seorang daripadanya patah kaki. Namun, lima kanak-kanak disahkan , termasuk tiga yang ditemui bersama di bawah runtuhan sekitar jam 2.30 petang.

Dua mangsa – seorang wanita berusia 24 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun – masih hilang.

519950dcd123ebd4ab6c3105b96ca983

“Mereka semua berada di dalam rumah ketika tanah runtuh berlaku,” kata Ketua Polis Daerah, Kasim Muda, sambil menambah kedalaman runtuhan mencecah sehingga tiga meter.

Dia berkata ada kemungkinan beberapa mangsa bukan warganegara namun pengesahan masih dijalankan.

Tragedi berganda di Papar

Di Papar, dua lagi kejadian tanah runtuh menambah kesedihan.

Di Kampung Maragang Tuntul, sebuah rumah kayu tertimbus pada jam 9.20 pagi menyebabkan tiga orang terperangkap; dua berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih hilang.

Kurang sejam kemudian, satu lagi kejadian tanah runtuh berlaku di Kampung Mook yang menimbuskan tiga rumah. Pasukan bomba menemui dua mangsa, seorang wanita berusia 38 tahun dan anak lelakinya berusia 11 tahun, telah meninggal dunia.

Minggu lalu, seorang lelaki berusia 97 tahun di Kampung Sarapung, Penampang akibat tanah runtuh lain, menjadikan jumlah kematian di Sabah kini lapan orang.

Bencana terburuk lebih sedekad

Tragedi ini mungkin bencana berkaitan hujan paling dahsyat di Sabah dalam tempoh lebih 10 tahun.

Jabatan Kerja Raya merekodkan 89 insiden antara 8 hingga 15 September, termasuk 42 tanah runtuh, 18 banjir kilat dan 10 jalan runtuh.

Sebanyak 26 jalan masih ditutup. Sebuah menara pemancar yang runtuh di Penampang pada Sabtu menyebabkan enam daerah pantai timur – Sandakan, Semporna, Beluran, Lahad Datu, Kinabatangan dan Kunak – terputus bekalan elektrik yang menjejaskan hampir sejuta penduduk.

Krisis bertambah buruk di Sandakan apabila bekalan air dari loji rawatan Segaliud turut terganggu.

28538b7f0bda9a3d1e3143fa7e6945d8

Ahli Parlimen Libaran, Suhaimi Nasir (gambar atas) menuduh negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah gagal bertindak terhadap gangguan berulang ini.

“Rakyat tidak meminta janji kosong; mereka mahukan tindakan jelas. Jangan biarkan mereka terus menderita akibat kegagalan pentadbiran yang boleh dielakkan,” katanya.

Menurut angka Angkatan Pertahanan Awam, seramai 863 orang daripada 220 isi rumah terpaksa dipindahkan di 23 kampung di Beaufort, Penampang, Tawau dan Membakut.

Pusat pemindahan di Penampang, Beaufort dan Tawau kini menempatkan lebih 400 mangsa.

Sehingga artikel ini ditulis, tiga orang masih dilaporkan hilang.

[Baca berita asal]



Source link