Malaysia Oversight

Perwakilan PAS dakwa KPT gagal utamakan kepentingan pelajar tempatan

By MkiniBM in September 15, 2025 – Reading time 2 minute
Perwakilan PAS dakwa KPT gagal utamakan kepentingan pelajar tempatan


MUKTAMAR | Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) didakwa gagal mendahului kepentingan rakyat tempatan, khususnya dalam isu peluang pendidikan tinggi dan pekerjaan untuk graduan muda, sehingga menyebabkan satu “tragedi bangsa”.

Pembahas Kedah, Haim Hilman menyifatkan pentadbiran sedia ada sebagai satu “kepincangan”.

“Hari ini 1.9 juta anak-anak kita, anak muda berkelulusan universiti tidak mendapat pekerjaan setimpal dengan pendidikan mereka. Ini adalah tragedi semua – baik Melayu, Cina, Sabah, Sarawak, Siam dan sebagainya.

“Kerana apa? Kerana kegagalan untuk melihat akan keperluan industri,” katanya dalam Muktamar Tahunan kali ke-71 di Kompleks Kedah, Alor Setar, Kedah, hari ini.

Haim juga mendakwa dasar membenarkan puluhan ribu pelajar antarabangsa bekerja di Malaysia selepas tamat pengajian yang menjadi kebimbangan rakyat di negara ini.

“Kerajaan kita telah membuka seluasnya kepada pelajar dari negara dengan jumlah kemasukan pelajar sekitar 40,000 dan mereka diberi pas lawatan pelajar.

“Dengan kata lain, peluang untuk anak kita telah diambil oleh pelajar dari negara . Ini amat mendukacitakan.

“Perkara ini diburukkan dengan kenyataan bahawa seorang penasihat dari Bangladesh telah memohon agar 10,000 mahasiswa negaranya juga dibenarkan bekerja di Malaysia.

“Kita tidak menentang, tidak menghalang tetapi dalam keadaan semasa hari ini di mana anak-anak kita… disempitkan dengan lambakan puluhan ribu pelajar yang belajar di sini untuk terus kekal bekerja di sini,” katanya.

Mengulas lanjut, Haim mengecam keputusan sebuah Institusi Pengajian Tempatan Awam (IPTA) yang dikatakan membenarkan 90 daripada 200 tempat kepada pelajar dari bagi program akademik bergred tinggi seperti Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

“Apa sudah jadi dengan pendidikan tinggi negara? Sesuatu yang mendukacitakan. Kita harus bangkit dan perbetulkan ini semua,” katanya.

Dia turut menunjukkan data yang disediakan secara sendiri bahawa lima universiti negara (UM, UKM, UPM, USM, UTM) menawarkan jumlah 180,000 tempat tetapi 39,000 (21%) daripadanya diisi oleh pelajar asing.

“Kita tak menolak (pelajar) negara asing tetapi janganlah sampai 21%… Sepatutnya diutamakan kepada anak-anak kita untuk mengikuti program berkualiti untuk membolehkan mereka keluarkan keluarga daripada kemiskinan,” katanya sambil menambah perkara ini berlaku akibat kurangnya perhatian KPT.



Source link