Malaysia Oversight

DAP Sabah gesa batal sambutan Hari Malaysia

By MkiniBM in September 15, 2025 – Reading time 1 minute
DAP Sabah gesa batal sambutan Hari Malaysia


DAP Sabah menggesa membatalkan sambutan Hari Malaysia di Pulau Pinang esok bagi menumpukan perhatian kepada usaha bantuan dan pemulihan di negeri itu, yang kini dilanda banjir serta tanah runtuh.

Sehingga laporan ini ditulis, lebih 360 orang telah dipindahkan di Kota Kinabalu dan Penampang akibat banjir, manakala seorang mangsa dilaporkan akibat tanah runtuh.

Kejadian tanah runtuh itu turut meranapkan sebuah menara pencawang hingga menyebabkan gangguan bekalan elektrik.

“DAP Sabah menegaskan bahawa untuk benar-benar menghormati semangat Hari Malaysia, bencana ini mesti dianggap sebagai krisis peringkat nasional,” kata pengerusi DAP negeri, Phoong Jin Zhe dalam satu kenyataan hari ini.

“Parti menekankan bahawa perpaduan dan patriotisme bukan sekadar ditonjolkan melalui perarakan atau acara perayaan, tetapi melalui tindakan tegas, keprihatinan dan solidariti bersama rakyat Malaysia yang sedang ditimpa kesusahan,” tambahnya.

Phoong turut mengambil contoh langkah yang diambil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang membatalkan Sambutan Ambang Merdeka sebelum ini susulan insiden tanah mendap di Jalan Masjid India.

Begitu juga dengan tindakan Negeri yang membatalkan sambutan Aidilfitri peringkat negeri selepas kebakaran besar di Putra Heights.

Sehubungan itu, Phoong menggesa agensi negeri dan persekutuan mempergiatkan usaha membantu mangsa banjir di Sabah dan mengurangkan penderitaan mereka.



Source link