Malaysia Oversight

Tak boleh enggan berubah MIC terus dipinggir

By MkiniBM in September 15, 2025 – Reading time 1 minute
Tak boleh enggan berubah MIC terus dipinggir


Presiden SA Vigneswaran terus berteka-teki sama ada parti itu akan kekal sebagai komponen atau sebaliknya.

Berucap di majlis sambutan perjumpaan pemimpin wanita veteran negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, Vigneswaran tidak menolak kemungkinan partinya akan keluar daripada BN untuk menentukan hala tuju parti menjelang Pilihan Raya Umum ke16 (PRU16).

“Kita semua faham keadaan politik semasa. Kita tidak boleh lagi menunjukkan keengganan untuk berubah dalam situasi tertentu khususnya apabila partinya terus dipinggirkan.

“Itu tidak bermaksud kita ke jajaran baru, tapi, mungkin juga ada peluang,” katanya ketika merasmikan majlis itu di Seberang Jaya, malam tadi.

kini dilihat sebagai komponen BN yang paling lantang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap dan Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi.

Baru-baru ini, empat badan perhubungan negeri MIC meluluskan resolusi supaya parti berkenaan meninggalkan BN.

Di tengah-tengah rasa tidak puas hati itu, Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man mempelawa MIC dan MCA bergabung, dengan mengambil maklum kekecewaan mereka kerana tidak mempunyai wakil dalam .

Sebelum ini, Vigneswaran pada perhimpunan parti itu di Perak menyatakan bahawa MIC bersedia berunding dengan mana-mana pihak demi masa depan parti dan kesejahteraan masyarakat India.

Kenyataan itu dibuat selepas timbalannya, M , mendakwa parti berkenaan diketepikan oleh perpaduan.

juga berkata bahawa MIC akan membuat keputusan penting mengenai masa depan mereka pada mesyuarat agung tahunan pada Oktober ini.



Source link