Malaysia Oversight

PAS sedia kerjasama dengan semua pihak yang tak melampau

By MkiniBM in September 15, 2025 – Reading time 2 minute
PAS sedia kerjasama dengan semua pihak yang tak melampau


PAS sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk bekerjasama dengan semua parti termasuk yang berasaskan ahli bukan .

Namun, presidennya Abdul Hadi Awang berkata PAS hanya menjalinkan hubungan dengan parti-parti yang dianggap sebagai tidak melampau.

“Kita terima orang-orang berbeza dengan kita syaratnya mereka tak melampau.

“Kita boleh bincang, bukan ahli DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS) ini. Dan parti-parti bukan Islam yang kerjasama dengan kita termasuk NGO,” katanya dalam sidang media Muktamar Tahunan PAS kali ke-71 di Kompleks PAS Kedah, Alor Setar, Kedah hari ini.

Terdahulu, ahli parlimen Marang itu diminta mengulas kemungkinan kerjasama PAS dengan MCA dan MIC.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi mengesahkan PN telah mengadakan perjumpaan dengan komponen itu.

“Perjumpaan ada, kita masih dalam perbincangan,” katanya secara ringkas.

Baru-baru ini, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berkata 12 parti pembangkang bersetuju membentuk satu gabungan longgar bagi memperjuangkan isu-isu yang didakwa mereka gagal diselesaikan kerajaan Madani, termasuk janji reformasi.

Gabungan itu terdiri daripada Bersatu, PAS, Gerakan, Pejuang, Muda, Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), Putra, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Kemajuan Malaysia (MAP), dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman).

Sebuah lagi organisasi yang terlibat ialah parti yang belum didaftarkan secara rasmi – Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai).

MIC kini dilihat sebagai komponen yang paling lantang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap dan Pengerusi , Ahmad Zahid Hamidi.

Baru-baru ini, empat badan perhubungan negeri MIC meluluskan resolusi supaya parti berkenaan meninggalkan BN.

Di tengah-tengah rasa tidak puas hati itu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, mempelawa MIC dan MCA bergabung dengan PN.

Sebelum ini, Presiden MIC S Vigneswaran menyatakan bahawa MIC bersedia berunding dengan mana-mana pihak demi masa depan parti dan kesejahteraan masyarakat India.

Kenyataan itu dibuat selepas Timbalan Presiden MIC M mendakwa parti berkenaan diketepikan oleh kerajaan perpaduan.

juga berkata bahawa MIC akan membuat keputusan penting mengenai masa depan mereka pada mesyuarat agung tahunan pada Oktober ini.

Sementara itu, ketika menjawab satu lagi soalan bila akan masuk PN, Abdul Hadi sekadar membalas: “Itu kamu kena tanya .”



Source link