Malaysia Oversight

Operasi CARILAMAT diteruskan, seorang anggota masih hilang

By Utusan in September 14, 2025 – Reading time 2 minute
Operasi CARILAMAT diteruskan, seorang anggota masih hilang


SEMPORNA: Operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) diteruskan bagi mengesan seorang anggota tentera, Prebet Muhammad Zulkarnain Jaffar dari Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD), yang dilaporkan hilang sejak 12 September lalu ketika bertugas dalam Operasi Pasir di Pulau Mataking, Semporna.

Menurut Komander Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2), Brigadier Jeneral Abd Munir Abd Rani, pencarian pada hari kedua meliputi kawasan seluas 108 batu nautika persegi yang dibahagikan kepada 15 sektor.

“Operasi ini melibatkan pelbagai agensi keselamatan termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Pasukan Polis Marin (PPM) dan ATB 2 sendiri. Antara aset yang digunakan ialah kapal KD SRI JOHOR, bot pemintas serta pesawat EC725 dan CN235 MSA.

“Walaupun keadaan laut berombak antara 0.5 hingga 1.0 meter dengan angin timur tenggara 10 hingga 20 kilometer sejam, operasi tetap giat dijalankan siang dan malam bagi mengesan anggota yang masih hilang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Abd Munir berkata, seorang lagi anggota, Prebet Muhammad Irfan Haiqal Abdullah yang ditemui semasa operasi telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Toh Puan Rahmah, Kampung Kuala Pari Tengah Ipoh, Perak hari ini.

Katanya, upacara pengembunian tersebut dijalankan pukul 12.00 tengah malam tadi (14 September) dan urusan tersebut dijalankan oleh 5 RAMD dengan penuh penghormatan ketenteraan.

“Saya ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menegaskan bahawa operasi pencarian akan diteruskan sehingga Prebet Muhammad Zulkarnain ditemui. dan kita akan maklumkan sebarang perkembangan lanjut dari masa ke semasa,” katanya.

Semalam, dua mangsa seorang anggota tentera ditemukan manakala seorang lagi dilaporkan hilang ketika bertugas di Pos Gabungan PDRM-ATM, Pulau Mataking, Semporna.

Semalam, seorang anggota tentera ditemukan manakala seorang lagi dilaporkan hilang ketika bertugas di Pos Gabungan PDRM-ATM, Pulau Mataking, Semporna.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, kedua-dua anggota tentera daripada Kompeni C, Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD) yang sedang menjalankan Operasi PASIR Sektor Semporna Siri 3/2025 di Pulau Mataking, didapati tidak berada dalam barisan semasa semakan rutin.

Susulan kejadian itu, pencarian digerakkan dengan bantuan semua anggota tentera di lokasi sebelum mendapatkan bantuan bot daripada pihak resort berhampiran. – UTUSAN





Source link