Malaysia Oversight

Kementerian minta kerjasama Google siasat emel ugutan video lucah

By MkiniBM in September 14, 2025 – Reading time 2 minute
Kementerian minta kerjasama Google siasat emel ugutan video lucah


Kementerian Komunikasi akan mendapatkan kerjasama syarikat Google bagi membantu siasatan insiden e-mel ugutan berunsur video lucah yang diterima beberapa wakil rakyat baru-baru ini.

Menterinya Datuk Fadzil berkata siasatan perlu dilakukan kerana e-mel berkenaan dipercayai dihantar individu sama kepada ramai penerima.

“Malah, saya sendiri dimaklumkan beberapa jam lepas bahawa saya turut menerima e-mel tersebut dua hari lalu. Ayatnya sama, gambarnya hampir sama. Jadi, besar kemungkinan ia dihantar oleh individu yang sama.

“Kita akan meminta pihak Google membantu menyiasat pihak yang telah menerbit dan menghantar e-mel tersebut, dan kita tunggu maklum balas daripada pihak Google,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Bersama Aktifkan Kesukarelawanan Teras Inspirasi (BAKTI) Komuniti MADANI di Dataran Kuala Haji Ibrahim di Nibong Tebal, hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Julina Johan.

berkata pihaknya turut meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menambah kelengkapan forensik digital bagi membolehkan pengesanan terhadap bahan yang mungkin dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

“Kita dapati jumlah mereka yang menerima e-mel ugutan daripada scammer AI ini sangat besar dan kemungkinan besar mereka memperoleh alamat e-mel rasmi semua wakil rakyat lelaki daripada laman web Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara,” katanya.

Terdahulu, melalui hantaran di Facebook memaklumkan beliau antara sembilan wakil rakyat yang menerima e-mel ugutan itu, termasuk Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim; Kulim, Wong Chia Zen; serta Ahli Parlimen Subang, Wong Chen.

Beliau menegaskan perbuatan itu adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, selain boleh disiasat mengikut Seksyen 503 Kanun Keseksaan.

Bernama



Source link