Malaysia Oversight

Tak hadir Muktamar Pemuda PAS bukan kerana takut, tapi semua sibuk

By MkiniBM in September 14, 2025 – Reading time 1 minute
Tak hadir Muktamar Pemuda PAS bukan kerana takut, tapi semua sibuk


Pemuda tidak dapat menghantar wakilnya ke Muktamar Pemuda kerana kekangan masa.

Ketua Pemuda K Arvind berkata jemputan Pemuda hanya diterima sehari sebelum muktamar, mengakibatkan masa yang singkat untuk menghantar wakilnya.

“Saya ingin jelaskan jemputan rasmi hanya diterima sehari sebelum muktamar.

“Maka, masanya sangat singkat untuk menghantar wakilnya.

“Bukan takut atau dihalang untuk menghadiri ke muktamar. Tapi, masanya tak sesuai. Semuanya (pemimpin Pemuda ) sibuk,” katanya kepada Malaysiakini.

Jelasnya, sudah menjadi kebiasaan rakyat Malaysia, menunjukkan teladan yang baik apabila menerima sebarang jemputan.

“MIC sebagai parti yang mempunyai sejarah lebih 70 tahun, perlu menunjukkan contoh yang baik walaupun kepada pembangkang,” katanya.

Ketua Pemuda Afnan Hamimi Taib Azamudden mengesahkan menjemput Pemuda MIC ke Muktamar Pemuda PAS yang diadakan di Alor Setar pada Jumaat.

“Kita jemput Timbalan Ketua Pemuda MIC (K Kesavan) ketika berjumpa di Perhimpunan Agung Tahunan Armada Bersatu baru-baru ini. Dia berjanji untuk menghadiri.

“Tapi, kami tak nampak dia. Cuma mungkin pagi ini dia terhalang untuk hadirlah. Mungkin ada orang nasihat dia, jangan hadir,” katanya.

Katanya, jemputan hanya dipanjangkan kepada MIC sahaja.

“Kami jemput MIC sahaja. dan MCA tak dijemput,” katanya.

Sebelum ini, Kesavan dilaporkan menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Armada Bersatu di Shah Alam, yang turut mendapat perhatian Pengerusi Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid menuntut MIC memberikan penjelasan lanjut berhubung perkara itu.



Source link