Malaysia Oversight

Fahmi turut kena ugutan video seks

By MkiniBM in September 14, 2025 – Reading time 2 minute
Fahmi turut kena ugutan video seks


Menteri Komunikasi, Fadzil mendedahkan dia antara sekurang-kurangnya sembilan ahli politik yang menerima ugutan video seks.

berkata semakan mendapati ugutan itu dihantar dari alamat e-mel yang sama, dengan kandungan ancaman serta tangkap layar video yang serupa – yang menurutnya dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Melalui satu hantaran di X yang kini dipadam, berkongsi tangkap layar sebuah video hitam putih yang memaparkan dua lelaki berbaring bersama di atas katil.

Wajah Fahmi kelihatan disunting ke atas salah seorang daripada lelaki itu.

Dia kemudian memuat naik semula versi yang telah disunting bagi menutup bahagian tertentu.

E-mel itu dihantar oleh seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai penyiasat persendirian yang telah mengekori ahli politik berkenaan.

Mereka yang menerima e-mel tersebut diugut bahawa video itu akan disebarkan sekiranya tidak membayar AS$100,000.

Menurut Fahmi, ahli politik yang setakat ini menerima ugutan tersebut ialah Ahli Parlimen Rafizi Ramli, Wong Chen, Taufiq Johari, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli; Najwan Halimi dan Fahmi Ngah; senator Manolan Mohamad; serta Gerakan Wong Chia Zhen.

memandang serius insiden ini, dan saya telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesan dan menjejak penjenayah yang menghantar emel ugutan tersebut melalui aplikasi Gmail (syarikat Google),” katanya pada kenyataan.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi daripada DAP, Chan Foong Hin, turut mendakwa menerima ugutan sama.

Fahmi menegaskan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan teknologi untuk membuat ugutan atau memperdaya orang ramai.



Source link