Malaysia Oversight

MP PKR rasa tak selamat

By MkiniBM in September 14, 2025 – Reading time 3 minute
MP PKR rasa tak selamat


Selepas menjadi sasaran percubaan memeras ugut menggunakan video seks, Ahli Parlimen Wong Chen mendakwa dia berasa kurang selamat sebagai wakil rakyat berbanding ketika menjadi pembangkang sebelum ini.

Ahli parlimen Subang yang sudah 13 tahun berkhidmat itu berkata ini kali pertama dia diperas ugut.

“Ironinya, sebagai Ahli Parlimen dari , parti pemerintah Madani, saya secara peribadi berasa kurang selamat sebagai seorang ahli perundangan sekarang, berbanding semasa saya berkhidmat sebagai ahli parlimen Pembangkang pada terdahulu,” katanya pada kenyataan hari ini.

Menurut Wong Chen, percubaan ugutan tersebut dijalankan dengan cara yang amat tidak profesional cukup menganggu fikirannya.

‘Cubaan akses komputer, telefon bimbit’

“Hakikat bahawa percubaan peras ugut ini begitu palsu dan dilaksanakan dengan teruk, adalah lebih membimbangkan saya,” katanya lagi.

Wong Chen turut menzahirkan “simpati yang mendalam” kepada bekas menteri ekonomi Rafizi Ramli, antara yang diancam penyebaran video seks palsu jika gagal membayar AS$100,000.

1e5380bb87c63e3c0b67e79dae683ce1

Katanya, ugutan terbaru itu datang tidak lama selepas “serangan keji” terhadap anak Rafizi dan “perkembangan siasatan kes tersebut yang terhad”.

“Daripada 222 ahli parlimen di Malaysia, hakikat bahawa Rafiz dan saya disasarkan pada masa dan hari yang sama mungkin adalah kebetulan atau mungkin tidak.

“Saya sependapat dengan kebimbangan beliau bahawa serangan terhadap beliau, dan kini terhadap saya, mungkin mempunyai niat yang lebih jahat, mungkin cubaan langsung untuk mengakses komputer dan telefon bimbit kami, atau lebih buruk lagi, untuk menggugat demokrasi parlimen dan membungkam pendapat kami.

“Saya tidak akan mundur; saya akan terus menjalankan tanggungjawab dan menyuarakan pandangan saya tanpa rasa takut atau pilih kasih,” tegasnya.

‘Gambar sama’

Wong Chen mendedahkan dia menerima e-mel ugutan itu pada pagi Jumaat lalu melalui saluran aduan umum pejabat parlimennya.

E-mel itu mengandungi tiga elemen: (a) mesej pemerasan, (b) gambar seorang lelaki di atas katil bersama individu bogel (sekadar tangkap layar, bukan video sebenar) dan (c) kod QR.

“Mesej tersebut menyatakan bahawa saya telah diikuti dan dipantau untuk jangka masa yang panjang, dan individu itu kini mempunyai video seks saya yang boleh memalukan saya, serta akan menyiarkan video tersebut dalam masa tiga hari melainkan saya membuat pembayaran sebanyak US$100,000 melalui kod QR yang disertakan yang menghubungkan kepada akaun mata wang kripto atau stablecoin.

“Pegawai saya menunjukkan e-mel itu kepada saya dari komputer ribanya.

99a8738555334b852ce711d5eb3de18c

“Beliau tidak menekan sebarang pautan atau mengimbas kod QR. Sebaliknya, kami terus membuat laporan polis di IPD Subang, Subang Jaya,” katanya lagi.

Selepas itu, Wong Chen menghubungi Rafizi yang memaklumkan turut menerima e-mel sama.

Rafizi, yang juga ahli parlimen Pandan mendedahkan ancaman itu melalui media sosialnya semalam.

“Nota peras ugut juga adalah sama. Begitu juga dengan gambar tangkapan skrin yang dihantar kepadanya.

cc5b786704327b9a453d967aec7490ce

“Satu-satunya perbezaan ialah gambar yang dihantar kepada saya mempunyai wajah saya, manakala gambar yang dihantar kepada beliau mempunyai wajahnya.

“Selain wajah kami, kedua-dua gambar itu adalah sama, dari lipatan bantal dan selimut, bilik, katil sehingga individu yang bogel dalam gambar. Dalam erti kata lain, individu yang sama telah cuba memeras kami berdua, tetapi secara berasingan. Apa yang membingungkan ialah individu tersebut melakukannya dengan cara yang sangat malas dan tidak profesional sehingga menggunakan gambar yang sama,” tambahnya.

Wong Chen juga menolak dakwaan di media sosial bahawa telefonnya digodam dan video seksnya diekstrak.

“Saya meminta mereka yang menyebarkan perkara ini supaya menghentikannya. Mereka boleh menebus diri dengan menyebarkan kenyataan akhbar ini secara meluas,” tegasnya.

433246e1e39183345ed4a2c85b17d99d

Terdahulu, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan , Mohd Najwan Halimi mendedahkan dia turut menerima ancaman sama.

Selain itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Taufiq Johari juga menerima ugutan serupa, menjadikan jumlah pemimpin Pakatan Harapan yang diugut dengan video lucah itu meningkat kepada lima orang.

Selain empat ahli parlimen , Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi daripada DAP, Chan Foong Hin, turut menjadi mangsa ugutan.



Source link