Malaysia Oversight

Anwar ke Doha hadir Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam

By Utusan in September 13, 2025 – Reading time 2 minute
Malaysia sedia hubungi pemimpin OIC kutuk kebiadaban Israel


JOHOR BAHRU: Datuk Seri Ibrahim akan berlepas ke Doha esok bagi menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab- pada Isnin ini bagi membincangkan serangan Israel terhadap negara berkenaan.

“Saya terima pesanan daripada Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, esok saya akan ke Doha bagi membincangkan serangan berterusan Zionis Israel terhadap penduduk Palestin,” katanya ketika berucap pada program Rapat Umum 27 Tahun Reformasi Peringkat Negeri Johor di sini hari ini.

berkata, beliau berharap rakyat negara ini memahami pendirian yang berterusan menyampaikan sumbangan kepada negara-negara antarabangsa yang berdepan bencana dan krisis kemanusiaan.

“Saya tak faham apabila orang cakap asyik bantu Gaza, kita ini manusia, ada masa kemungkinan kita pula yang perlukan bantuan antarabangsa. Pakistan dilanda banjir, Myanmar gempa bumi, walaupun kita tak setuju politik di sana tetapi kita bantu kerana ada orang mati, ada orang sakit.

“Rakyat susah juga kita kena ambil tahu, sekarang banyak beri bantuan kepada Kedah, Perlis, dan Terengganu, angka sebenarnya jauh lebih tinggi peruntukan kita bagi berbanding semasa dia (pembangkang) perintah,” jelasnya.

Menurut Anwar, lawatan luar negara sepanjang menjadi Perdana Menteri dibuat atas tuntutan kerja dan memenuhi jemputan yang dibuat kepimpinan negara antarabangsa.

Sementara itu, beliau turut menyatakan kepentingan untuk rakyat Malaysia berbilang kaum mempelajari dan menguasai penggunaan Bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi dan kebangsaan di negara ini.

“Kita semua kena pandai Bahasa Melayu, sebab kita duduk di Malaysia tetapi ada anak-anak kita kurang pandai Bahasa Melayu melayu, jangan begitu. Tetapi pada masa sama Bahasa Inggeris juga penting, begitu juga bahasa lain seperti Mandarin, Tamil dan juga Arab.

“Contoh sekiranya orang Cina mahir Bahasa Melayu dan Inggeris, kan bagus jika pandai pelbagai bahasa. Itu juga yang diperjuangkan , kita merupakan satu-satunya parti politik yang mana semua kaum di Malaysia dirai sebagai sebuah keluarga,” katanya.





Source link