Malaysia Oversight

Acer Memperkenalkan Alat Kawalan Permua Nitro Mobile Gaming Controller – Berharga RM439

By Amanz in April 29, 2025 – Reading time 1 minute
Acer Memperkenalkan Alat Kawalan Permua Nitro Mobile Gaming Controller – Berharga RM439


Acer

Acer Memperkenalkan Alat Kawalan Permua Nitro Mobile Gaming Controller – Berharga RM439

April 29, 2025

Nazrin

Acer Malaysia hari ini mengumumkan bahawa mereka membawa masuk aksesori alat kawalan permua untuk peranti pintar mereka yang dinamakan Acer Nitro Mobile Gaming Controller.

image 86

Alat kawalan ini hadir dengan saiz yang mudah untuk dibawa dan mudah untuk digunakan dengan telefon pintar Android 9.0 atau lebih terkini dan juga 15 atau yang lebih terkini dengan saiz peranti sehingga 8.3 inci.

Ia juga menyokong pengecasan pantas sehingga 18W agar pemain dapat bermain degan mengecas pada masa yang sama. Selain menggunakan butang mengikut susunan alat kawalan Xbox, ia juga menyertakan butang khusus untuk screenshot dan butang Nitro.

batch PR Banner Nitro Mobile Gaming Controller

Alat kawalan telefon pintar Acer Nitro ini ditawarkan dengan harga RM439, dan sudah ditawarkan di mana-mana pengedar rasmi Acer, dan juga gedung rasmi Acer di Shopee dan Lazada. Bagi pembelian sebelum 15 Mei 2025, ia boleh didapatkan dengan harga promosi RM349.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link