Malaysia Oversight

PAS cadang bahasa Cina, Tamil diajar di sekolah kebangsaan untuk semua

By MkiniBM in September 13, 2025 – Reading time 3 minute
PAS cadang bahasa Cina, Tamil diajar di sekolah kebangsaan untuk semua


Buat julung kali, telah mencadangkan supaya mata pelajaran bahasa Cina dan Tamil diperkenalkan di sekolah kebangsaan sebagai langkah untuk memupuk perpaduan nasional dan menghapuskan rasa curiga antara kaum.

Timbalan Presiden , Tuan Ibrahim Tuan Man, enekankan bahawa langkah ini akan membolehkan rakyat Malaysia memahami bahasa dan budaya antara satu sama lain, seterusnya mengukuhkan hubungan kaum.

“Kita mesti tampil sebagai parti yang menyelesaikan masalah, bukan sekadar membangkitkan masalah. Semua pihak tahu masalahnya, tetapi apa penyelesaiannya? Jadi, kalau kita boleh tangani setiap permasalahan yang berlaku dan tunjukkan mekanisme untuk menyelesaikannya… Seperti yang saya sebut tadi, soal perpaduan. Kenapa timbul sensitiviti antara kita?

“Sebabnya ialah kita curiga-mencurigai antara satu sama lain. Halangan bahasa adalah salah satu puncanya. Orang Melayu, bila orang Cina bercakap dalam bahasa mereka, dia tidak faham. Dia mungkin rasa curiga, walaupun sebenarnya mereka tidak bercakap apa-apa yang negatif.

“Begitu juga, bila orang India bercakap dengan orang India, orang Melayu mungkin tidak faham dan rasa curiga.

“Boleh tak kalau kita kenalkan mata pelajaran bahasa Tamil dan bahasa Cina di sekolah kebangsaan? Anak-anak dari semua kaum boleh belajar dan mereka boleh faham antara satu sama lain,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Dewan Himpunan Pendukung Pusat Malaysia (DHPP), di Sungai Petani, Kedah, hari ini.

6b6838350fae3c906baf1210afb76010

Turut hadir, Naib Presiden PAS merangkap penasihat DHPP Idris Ahmad.

Bahasa Melayu sebagai teras

Ketika diminta mengulas lanjut, Tuan Ibrahim dalam sidang media selepas itu berkata cadangan tersebut selari dengan hasrat PAS untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih adil dan harmoni, di mana hak setiap kaum dihormati dan dipelihara.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu mengatakan perkara ini perlu berjalan seiring dengan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan bukan Melayu.

“Kita sudah lama bekerja, kita tahu bahasa Melayu adalah teras sebagai bahasa kebangsaan kita. Kita perlu perkasakannya.

f862ee811fd17fbd597592fbfa207cb4

“Jangan sampai rakyat Malaysia sendiri tidak faham lagu negara. “Aku, tak tahu lagu negara. Aku, tak boleh” — itu adalah perkara asas yang perlu dikuasai. Malah, ada orang Melayu sendiri yang mungkin tidak menguasainya,” katanya.

Terdahulu, berucap di hadapan lebih 200 hadirin, Tuan Ibrahim juga menyentuh mengenai komitmen PAS terhadap pendekatan inklusif dan tidak memaksa dalam hal ehwal agama dan budaya.

Patung Buddha terbesar di Asia

Dia memberikan contoh di , yang merupakan negeri di bawah pemerintahan PAS, yang membenarkan penjualan arak untuk bukan dan mempunyai patung Buddha terbesar di Asia Tenggara.

“Kita tak memaksa, tak menolak. Di , kalau tuan nak cakap agama Buddha, di ada patung terbesar di Asia Tenggara, bebas.

“Sampai masa kita bentuk politik baru Malaysia, dimensi baru Malaysia, kita harus bertakbirkan yang lebih adil, yang lebih harmoni, yang lebih memenuhi hak masing-masing.

“Kalau idea-idea ini boleh kita fikirkan bersama, saya rasa ini antara perkara-perkara yang kita akan lihat dan laksanakan jika kita diberikan amanah dan mandat untuk mentadbir,” katanya.

baru ‘risik, belum ‘tunang’

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata masih belum ada perbincangan rasmi dengan mengenai kerjasama untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

82df02af487e187038ae3eb2badc84b7

“Kami masih menunggu. Mereka belum “bertunang” lagi (belum ada komitmen rasmi), baru ada “risik” (khabar angin atau perbincangan awal).

“Kami akan lihat keadaan berdasarkan tawaran atau cadangan. Nanti, dan kami akan balas, insya-Allah,” katanya dalam sidang media itu.

Dia juga menegaskan cadangan untuk sedia menerima bukan bermaksud PAS tidak lagi memerlukan DHPP.

“Kami mengalu-alukan semua pihak untuk bersama-sama duduk berbincang, merumuskan, dan mengambil pelan tindakan bersama dalam kalangan kaum di Perikatan Nasional. Bagi kami, sikap kami adalah terbuka.

“MIC mungkin satu parti, dan termasuk MIPP, mewakili komuniti India. Memandangkan komuniti India mempunyai banyak parti, bagi kami tidak mengapa. Prinsip kami adalah, jika mereka mahu dan jika mereka meminta, kami terbuka.

“Kami akan mencalonkan calon daripada kaum India di tempat-tempat tertentu yang perlu ditunjukkan. Begitu juga, di tempat-tempat tertentu mungkin kaum Cina perlu diketengahkan.

“Apa pun, kami masih dengan sikap terbuka untuk mengalu-alukan penyertaan mana-mana parti politik atau NGO untuk bersama,” katanya.



Source link