Malaysia Oversight

KDNK Sabah meningkat kepada RM83.2 bilion tahun lalu

By MkiniBM in April 29, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Ekonomi Sabah tmenunjukkan pertumbuhan positif apabila keluaran dalam negara kasarnya (KDNK) meningkat kepada RM83.2 bilion tahun lepas daripada RM82.1 bilion pada 2023, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Hajiji berkata pencapaian itu merupakan hasil kerjasama padu daripada pelbagai pihak berkepentingan di negeri ini.

a45a0fb0bf18394545ee87c1c5c5d5c7
Hajiji Noor

“Pertumbuhan itu sejajar dengan KDNK negara, yang diunjurkan meningkat sebanyak 2.5 peratus melalui Rangka Kerja Ekonomi Madani,” katanya menerusi satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri, di Kota Kinabalu, hari ini.

Ketua Menteri menekankan tentang kepentingan untuk meneruskan sumbangan positif dan menjalin kerjasama erat bagi merealisasikan aspirasi Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

Beliau berkata negeri telah membangunkan Pelan Pembangunan Strategik Negeri Sabah 2026-2030 untuk meningkatkan ekonomi Sabah.

“Rangka kerja ini akan menggabungkan pelbagai inisiatif, termasuk inisiatif Ekonomi Biru dan agenda pembangunan negeri di bawah Rancangan Malaysia Ke-13,” katanya.

91f765531b48fffe04c92d2afb18eb38

Sementara itu Hajiji menggesa agar pemantauan dipertingkatkan ke atas 1,265 projek dan program yang dijadualkan siap tahun ini, menggesa kepimpinan negeri dan ketua jabatan mengekalkan pengawasan lebih rapi.

Beliau berkata ini memerlukan anjakan paradigma dalam pelaksanaan sambil menekankan keperluan untuk beralih daripada proses lapuk dan pemikiran negatif yang tidak mahu mengiktiraf pencapaian negeri.

Menurutnya, Sabah menerima satu daripada peruntukan tertinggi di bawah belanjawan negara, dengan RM6.7 bilion diperuntukkan oleh persekutuan tahun ini.

– Bernama



Source link