Malaysia Oversight

Pas jangan tunggang isu Kampung Sungai Baru

By Utusan in September 13, 2025 – Reading time 2 minute
Pas jangan tunggang isu Kampung Sungai Baru


PETALING JAYA: diingatkan tidak mengambil kesempatan dengan menunggang isu Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur kerana pengambilalihan tanah itu berlaku ketika mereka menjadi .

Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, pentadbiran ketika itu termasuk bekas Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Rina Mohd. Harun sepatutnya bertindak lebih awal sebelum isu tersebut dibawa ke mahkamah.

“Yang gagal ialah PN kerana perkara ini berlaku betul-betul di bawah pentadbiran mereka. Mereka tidak mampu atau tidak cukup berusaha untuk berunding mendapatkan syarat yang lebih baik” kata Rafizi melalui podcast Yang Berhenti Menteri malam tadi

Rafizi turut mengulas amaran Ketua Penerangan , Ahmad Fadhli Shaari bahawa pengusiran di Kampung Sungai Baru menjadi isyarat awal apa yang bakal berlaku sekiranya Rang Undang-undang Pembangunan Semula Bandar (PSB) diluluskan.

Beliau secara sini berkata mungkin akan mengubah nada sekiranya parti itu berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang.

“Lebih baik supaya parti-parti politik jangan menunggang orang susah, menunggang penduduk Kampung Sungai Baru. Sekarang nak menunggang siapa lagi semata-mata untuk menimbulkan sentimen dan kemarahan?

“Kalau tengok rekod berkaitan Kampung Sungai Baru, apa-apa yang Pas cakap pun, Pas kena jelaskan, sebenarnya semasa kamu jadi apa yang kamu buat,” soalnya.

Kampung Sungai Baru sebelum ini menjadi tumpuan apabila sebahagian penduduk enggan mengosongkan kediaman mereka kerana tidak berpuas hati dengan nilai pampasan dan bentuk penempatan semula serta proses pengambilan tanah yang dikatakan tidak telus.

Pada 2021, ketika itu menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk merampas tanah tersebut sebelum menyerahkannya kepada pemaju.

Arahan pengosongan kelmarin  itu percubaan kedua pihak berkuasa sejak Julai untuk mengeluarkan 14 penduduk di kawasan berkenaan yang terletak bersebelahan Kampung Baru, Kuala Lumpur.-UTUSAN





Source link