Malaysia Oversight

Rafizi ingatkan PAS peranan PN dalam pengusiran Kg Sg Baru

By MkiniBM in September 13, 2025 – Reading time 3 minute
Rafizi ingatkan PAS peranan PN dalam pengusiran Kg Sg Baru


Bekas menteri ekonomi Rafizi Ramli membidas kerana “menunggang” isu pengusiran Kampung Sungai Baru, sambil mengingatkan bahawa perkara itu berlaku ketika parti Islam tersebut berada dalam .

Katanya, ahli parlimen kawasan itu ketika itu – Rina Harun daripada Bersatu – sepatutnya bertindak sebelum isu tersebut sampai ke mahkamah.

“Yang gagal ialah PN kerana perkara ini berlaku betul-betul di bawah pentadbiran mereka. Mereka tidak mampu atau tidak cukup berusaha untuk berunding mendapatkan syarat yang lebih baik.

“Kalau kita nak jejak balik, contohnya siapa yang mulakan dulu, nanti lagi parah – ia bermula dengan ,” kata Rafizi melalui podcast “Yang Berhenti Menteri” malam tadi.

cbefc35a09fd23763089ec727c3d36f6

Dia memberi maklum balas terhadap kenyataan Ketua Penerangan Ahmad Fadhli Shaari yang menyifatkan operasi itu sebagai “amat tidak berperikemanusiaan” kerana ia berlaku ketika rayuan penduduk dijadualkan didengar di Mahkamah Rayuan pada 3 Oktober.

PN guna Akta Pengambilan Tanah 1960

Pada 2021, PN menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk merampas tanah tersebut sebelum menyerahkannya kepada pemaju.

Pengusiran pada Khamis (11 Sept) itu percubaan kedua pihak berkuasa sejak Julai untuk mengeluarkan 14 penduduk di kawasan berkenaan yang terletak bersebelahan Kampung Baru, Kuala Lumpur.

97bdc7169859f272c2fa3cf5b19130fd

Bailif mahkamah bekerjasama dengan beberapa agensi berkaitan untuk melaksanakan operasi itu, yang dijalankan melalui perintah mahkamah bagi memudahkan rancangan pembangunan semula kawasan itu oleh KL City Gateway Sdn Bhd.

Majoriti penduduk telah berpindah selepas menerima tawaran pampasan daripada syarikat berkenaan.

Jangan tunggang orang

Sementara itu, Rafizi turut mengulas amaran Fadhli bahawa pengusiran di Kampung Sungai Baru menjadi isyarat awal apa yang bakal berlaku sekiranya Rang Undang-undang Pembangunan Semula Bandar (URA) diluluskan.

266fa33b413c7265f13e012c4ba60f98

Ahli parlimen Pandan itu secara sinis berkata mungkin akan mengubah nada sekiranya parti itu berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang.

“Lebih baik supaya parti-parti politik jangan menunggang orang susah, menunggang penduduk Kampung Sungai Baru. Sekarang nak menunggang siapa lagi semata-mata untuk menimbulkan sentimen dan kemarahan?

“Kalau tengok rekod berkaitan Kampung Sungai Baru – apa-apa yang PAS cakap pun, PAS kena jelaskan, sebenarnya semasa kamu jadi kerajaan apa yang kamu buat,” soalnya.

Bersatu macam

Selain itu, Rafizi turut membandingkan Bersatu dengan partinya .

Katanya, orang ramai sebelum ini mengkritik PKR dengan mendakwa parti itu berpusat kepada Presidennya Ibrahim namun perkara sama boleh dikatakan berlaku kepada Bersatu dan Presidennya Muhyiddin Yassin.

f2dcd5ecb0daade6a86c23602d51d6f1

Dia turut merujuk laporan bahawa lebih separuh ketua bahagian Bersatu didakwa hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin, selepas 120 ketua bahagian menandatangani akuan berkanun (SD) mendesak bekas perdana menteri itu menyerahkan jawatan kepada timbalannya, Hamzah Zainudin.

“Dia maksudnya kalau lebih daripada separuh yang telah tandatangan dan gesa berundur tu, saya faham niat mereka ialah akuan bersumpah tu maksudnya Muhyiddin tidak lagi mendapat kepercayaan daripada lebih separuh bahagian, jadi maksudnya pergolakan itu besar bila dah sampai melimpah ke perhimpunan (AGM Bersatu),” katanya.

Menurut laporan, 120 ketua bahagian berpendapat Muhyiddin tidak mampu memimpin Bersatu dan PN meraih kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.

Walaupun AGM Bersatu meluluskan usul mengekalkan Muhyiddin sebagai presiden, sumber memberitahu Malaysiakini bahawa seorang pemimpin parti masih akan mengemukakan SD tersebut kepada Muhyiddin.



Source link