Malaysia Oversight

Muktamar Pemuda PAS lulus resolusi

By MkiniBM in September 12, 2025 – Reading time 1 minute
Muktamar Pemuda PAS lulus resolusi


MUKTAMAR | Perwakilan Pemuda di muktamar ke-66 parti itu di Kedah hari ini sebulat suara meluluskan resolusi menggesa kepimpinan parti mengambil alih tampuk kepimpinan Perikatan Nasional (PN).

Dalam sesi bersemangat petang ini, dewan utama di Kompleks Kedah di Kota Sarang Semut bergemuruh dengan laungan persetujuan oleh kira-kira 600 perwakilan terhadap usul yang dibacakan Ketua Penerangan Pemuda PAS Khairul Nadzir Helmi Azhar.

“Inilah masanya tuan-tuan. PAS perlu memimpin PN.

“Inilah masanya PAS perlu memimpin dan menerajui kepimpinan negara Malaysia,” katanya disambut teriakan hadirin yang bersetuju.

“Dengan ini Pemuda PAS secara tegas mendesak mengusulkan agar usul ini dapat dibaca sehingga ke Muktamar PAS pusat, memberi kepercayaan kepada negara untuk membenarkan PAS menerajui PN,” katanya.

[Laporan penuh menyusul]



Source link