Malaysia Oversight

Zaliha kecam ugutan bunuh PM, gesa isu Kg Sg Baru diselesaikan secara aman

By MkiniBM in September 12, 2025 – Reading time 2 minute
Zaliha kecam ugutan bunuh PM, gesa isu Kg Sg Baru diselesaikan secara aman


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa mengecam keras ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri Ibrahim, yang tular susulan pengosongan penduduk Kampung Sungai Baru di Kuala Lumpur, semalam.

Tegas Zaliha, tindakan sebegitu jelas tidak wajar dan membahayakan keamanan negara.

“Saya kira tidak wajarlah. Semalam saya sudah nyatakan pendirian saya dan kita semua pun sudah dengar video yang tular itu. 

“Kenapa kita nak negara kita jadi tidak aman? Kenapa tidak boleh selesaikan dengan baik, secara berbincang? Saya memang tidak bersetuju perkara seperti ini dijadikan isu,” katanya dalam Sidang Media Khas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) mengenai isu penduduk Kampung Baru di , hari ini.

Terdahulu, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang lelaki mengeluarkan kata-kata bernada ugutan terhadap berikutan operasi pengosongan tersebut.

f0c4731b8667c008c277600d2b3bc2ce

Dalam video tersebut, individu itu juga mendakwa dirinya pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Susulan itu, dua laporan polis dibuat oleh Pemuda .

Timbalan Ketua Polis Dang Wangi Nuzulan Mohd Din mengesahkan menerima laporan tersebut dan memaklumkan kes akan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

Mengulas lanjut, Zaliha menggesa masyarakat untuk menolak segala bentuk provokasi yang hanya mengundang ketegangan, termasuk ajakan berdemonstrasi yang boleh mencetuskan huru-hara.

“Kita bersusah payah memastikan keamanan negara kita, tetapi masih ada pihak yang cuba mengheret isu ini ke arah ketidakamanan. 

“Saya yakin ramai rakyat mahu hidup dalam keadaan aman dan damai, bukan saja di kampung kita, tapi juga di seluruh negara,” katanya lagi.

Zaliha juga turut menyatakan rasa kesal atas provokasi yang berlaku semasa operasi semalam, yang menyaksikan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman mengalami kecederaan.

Zaliha menegaskan penyelesaian secara rundingan adalah pilihan terbaik berbanding hasutan.



Source link