Malaysia Oversight

Cadangan Umany mansuh matrikulasi melampau

By MkiniBM in September 12, 2025 – Reading time 2 minute
Cadangan Umany mansuh matrikulasi melampau


Pemimpin menyifatkan cadangan Presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany), Tang Yi Ze, supaya menutup program matrikulasi sebagai tindakan melampau.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) , Puad Zarkashi, turut mempersoalkan mengapa program itu perlu dihapuskan.

“Cadangan Presiden Umany, Tang Yi Ze supaya program matrikulasi dimansuhkan amat cetek, melampau dan salah mencari kesalahan.

“Kenapa mesti hapuskan matrikulasi? Apakah dia menolak persaingan dan kecuali jika matrikulasi diberi laluan emas, gred direndahkan atau terdapat unsur pilih kasih,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Tang menuntut supaya program matrikulasi dimansuhkan dan menjadikan silibus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebagai piawaian tunggal kemasukan ke universiti awam (UA) bagi jurusan ijazah.

Ini kerana pihaknya mendapati silibus STPM terbukti lebih baik.

Malah, katanya silibus STPM lebih mencabar dan turut diiktiraf di peringkat antarabangsa, termasuk oleh universiti ternama dunia.

Cadangan itu dibangkitkan selepas seorang pelajar cemerlang, Edward Wong Yi Xian, yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 4.0 dalam STPM, gagal mendapat tempat dalam jurusan perakaunan di enam universiti yang dipohonnya.

3eb96f303d21f3081bde6331a327b503

Pada Rabu, Umany mendakwa Wong sebaliknya ditawarkan tempat melalui kemasukan terus dengan yuran pengajian lebih mahal, dan dinafikan secara tidak adil untuk menyertai program perakaunan Universiti Malaya.

Puad bagaimanapun menegaskan kegagalan Wong bukan disebabkan program matrikulasi.

“Semua mengetahui tahu Wong walaupun dapat 4 flat, tetapi dia gagal masuk ke kursus pilihan (perakaunan) dan tempat pilihan (Universiti Malaya) kerana faktor merit.

“Mereka yang dapat 4 flat ramai. Bukan dia seorang. Jangan kerana seorang yang terlalu memilih kursus dan tempat tetapi gagal kerana faktor merit, maka kita mahu korbankan program yang baik dan membuka persaingan sihat.

“Tingkatan enam juga sudah dijenamakan dan dinaik taraf. Bersainglah,” katanya.

‘Mansuhkan juga sekolah vernakular’

Dalam perkembangan sama Ketua Pemuda Dr Akmal Saleh tampil membangkitkan pemansuhan sekolah jenis kebangsaan sekiranya program matrikulasi ditutup.

“Kalau nak mansuh matrikulasi untuk jadikan STPM syarat tunggal masuk universiti, maka kamu bersetuju atau tidak untuk mansuhkan sekolah jenis kebangsaan dan jadikan sekolah hanya ada satu aliran sahaja?

“Kalau tidak bersetuju, jangan sembang nak mansuhkan matrikulasi pula,” katanya menempelak cadangan Umany.



Source link