Malaysia Oversight

Orang tanya calon PM sebab tak yakin PM sekarang, kata PAS

By MkiniBM in September 12, 2025 – Reading time 2 minute
Orang tanya calon PM sebab tak yakin PM sekarang, kata PAS


MUKTAMAR | mendakwa isu calon perdana menteri dibangkitkan oleh banyak pihak kerana rakyat sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan sedia ada.

Timbalan Presiden , Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata ada sebab mengapa orang ramai bertanya siapakah pemimpin yang layak diangkat sebagai ketua .

“Hari ini orang mula bincang siapa bakal PM (perdana menteri). Kenapa ramai tanya siapa yang akan jadi PM? Ramai yang tanya PAS, siapa tokoh PM…

“Kenapa mereka tanya kami? Kenapa mereka tanya PN?

“(Sebabnya) Kerana mereka hilang kepercayaan dengan menteri yang ada, kerana mereka tak yakin dengan PM.

“Rakyat mencari-cari tokoh baru yang akan menerajui ,” katanya dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS di Kompleks PAS di Kota Sarang Semut, Alor Setar Kedah, hari ini.

Isu calon perdana menteri bukanlah asing kepada PAS. Baru-baru ini parti itu membayangkan rasa kurang senang mereka terhadap langkah sepihak Bersatu menamakan Yassin sebagai calon perdana menteri pembangkang.

Menganggap ia sebagai hak Bersatu yang perlu dihormati, parti itu menyatakan kesediaan mereka jika ada calon lain yang mahu dinamakan mengikut pandangan masing-masing.

Sebelum ini pun PAS menasihatkan Bersatu agar berunding terlebih dulu sebelum membuat sebarang pengumuman melibatkan PN, khususnya menyenyuh persoalan dasar.

Kemelut itu juga berlaku di sebalik dakwaan persaingan dalaman melibatkan dan timbalannya, Hamzah Zainudin.

Pada masa sama persepsi awam kepada kerajaan perpaduan juga belum benar-benar kukuh apabila rakyat berdepan dengan pelbagai isu termasuk kos sara hidup.

Tuan Ibrahim berkata, dia yakin PN akan menjadi kerajaan sekali lagi selepas PRU ke-16 nanti.

Dia yang juga bekas menteri alam sekitar dan air juga mendakwa, PAS menggunakan nama dalam langkahnya supaya mereka tidak berbohong kepada rakyat ketika ia semakin diterima ramai.

“Ada orang berkata PAS gagal kerana menamakan parti dengan nama . Kalau kita tak pakai nama , mungkin orang sokong kita.

“Saya nak tegaskan, banyak parti yang tak ada jenama nama Islam masih tak dapat sokongan rakyat.

“Sekali kita namakan parti kita dengan nama Islam untuk beritahu yang kita tak berbohong dengan rakyat, kita bawa agenda Islam yang Allah pandukan kita, agenda untuk menyelamatkan negara tanpa mengira kaum dan bangsa,” katanya.

[Laporan lanjut menyusul]



Source link