Malaysia Oversight

Saya panggil nama Zara , pegang pipi, tapi tiada respons

By TheSun in September 12, 2025 – Reading time 1 minute
Saya panggil nama Zara , pegang pipi, tapi tiada respons


KOTA KINABALU: Pengawal keselamatan yang bertugas pada malam insiden membabitkan Allahyarham Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner hari ini bahawa beliau cuba menyedarkan remaja itu dengan memanggil nama sambil memegang pipinya, namun mangsa tidak memberi sebarang respons.

Linah Mansoding @ Jaliha, 65, yang menceritakan keadaan pelajar Tingkatan Satu itu ketika kejadian, berkata mangsa menarik dan menghembus nafas dengan kuat seolah-olah sedang “berdengkur”.

Ibu kepada empat anak itu berkata demikian ketika menjawab soalan peguam keluarga Zara Qairina, Shahlan Jufri, pada hari ketujuh prosiding inkues berhubung kematian remaja berkenaan.

Shahlan: Apabila puan panggil Zara, adakah dia memberi sebarang respons?

“Dia macam tidur berdengkur.. dia dalam keadaan terlentang, kasihan dia,” cerita Linah dengan nada sedih di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan – BERNAMA



Source link