IKEA Kini Menjual Meter Menyukat Penggunaan Air Bergvattnet Di Malaysia
Effi Saharudin
Tarif air naik di Malaysia sejak awal bulan ini dan penggunaannya untuk mandi adalah antara penyumbang terbesar kepada bil yang tinggi. Bagi mereka yang ingin lebih cakna mengenai jumlah air yang digunakan untuk mandi, meter Bergvattnet kini ditawarkan IKEA Malaysia.

Bergvattnet mempunyai meter sukatan penggunaan air, jam menyukat masa dan indikator mengesan suhu air dengan ia disambungkan terus kepada outlet pemanas air. Sebuah skrin yang besar akan menunjukkan penggunaan air dan masa dihabiskan ketika mandi secara masa nyata.

Air juga mempunyai outlet sekunder untuk air yang disalurkan ke dalam baldi. Selepas digunakan, Bergvattnet akan menyimpan maklumat air digunakan selama dua minit. Dengan ini setiap ahli isi rumah akan mengetahui siapakah yang mandi paling lama dan menggunakan air paling banyak.
Bergvattnet memerlukan dua bateri AA untuk beroperasi dengan ia dijual pada harga RM 279 sebuah dengan ia akan ditawarkan untuk tempoh yang terhad.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.