Malaysia Oversight

Bersatu Pendang anggap Tun Faisal buat parti nampak angkuh

By MkiniBM in September 12, 2025 – Reading time 2 minute
Bersatu Pendang anggap Tun Faisal buat parti nampak angkuh


Seorang pemimpin akar umbi Bersatu hari ini mempertikaikan sikap keras ditunjukkan Tun Faisal Ismail Aziz berhubung isu dalaman mereka dan menganggap ketua penerangan parti itu sebagai “terlalu mentah.”

Dalam kenyataan umum dibuat pagi ini, Ketua Bersatu Pendang, Abdul Razak Khamis, berkata ada beberapa kenyataan dibuat Tun Faisal berpotensi melukakan hati parti komponen lain dalam PN, di samping menghantar mesej bahawa mereka mahu menjai ‘abang besar’ dalam gabungan berkenaan.

Meminta parti lain – khususnya – agar tidak berkecil hati dengan sikap Tun Faisal, Abdul Razak berkata kenyataan dibuat oleh ahli politik terbabit merupakan “pandangan peribadi” saja.

“Komen-komen Tun Faisal yang berbunyi ugutan kepada sesama ahli juga amat tidak membantu usaha memperkukuh parti,” katanya.

Abdul Razak yang juga Sungai Tiang dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah menambah, sebagai orang lama Bersatu, dia berpendapat lebih baik Tun Faisal membincangkan sesuatu isu secara dalaman dan dengan sifat kekeluargaan.

Dia juga menasihati Tun Faisal agar tidak melanggar arahan agar semua pihak menahan diri daripada membuat kenyataan yang boleh mengundang perpecahan.

Kegagalan mengawal diri, tambah Abdul Razak, hanya akan membuat pihak parti lain menganggap Bersatu kini bongkak dan takbur.

e5aca23856d4e32f2f14d5043b6cc9b3
Tun Faisal Ismail Aziz

Tun Faisal, 53, merupakan bekas pegawai kanan di Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) semasa menjadi . Dia juga pernah dilantik sebagai setiausaha akhbar kepada Annuar Musa ketika ahli politik terbabit menjadi pemimpin kanan dalam .

Beberapa hari lalu Tun Faisal mempertahankan Presiden Bersatu Yassin yang didakwa berdepan dengan tuntuan sesetengah pemimpin parti agar berundur dalam usaha dibuat melalui perakuan berkanun (SD).

Kata Tun Faisal, dokumen seperti SD bukan kaedah yang diterima oleh parti, serta tiada tempat dalam perlembagaan mereka untuk menentukan kedudukan sebarang jawatan.

Katanya jawatan presiden serta yang lain-lain diisi secara sah melalui proses pemilihan dalam persidangan di peringkat bahagian ataupun perhimpunan agung tahunan (PAT).

Dia turut mempertahankan langkah PAT Bersatu menamakan sebagai calon perdana menteri mewakili PN di sebalik rasa tidak senang terhadap langkah sepihak tersebut.

Dalam kenyataan hari ini, Abdul Razak turut mengemukakan soalan kepada Tun Faisal.

“Kamu berada di mana semasa kami (ahli Bersatu) berjuang menubuhkan parti ini? Di mana kamu ketika kami di maki hamun dan dikeji? Di mana kamu ketika kami dihina kerana membuka booth (reruai) mencari ahli di pasar malam?

“Di mana kamu ketika kami bergolok bergadai demi menubuhkan cawangan dan bahagian tanpa bantuan dari sesiapa? Di mana kamu ketika kami terpaksa menjual aset demi untuk menghidupkan parti?

“Pada masa itu kamu masih lagi bersuka ria dalam dan menghina kami,” katanya.



Source link