Lenovo Legion Glasses Gen 2 Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM1799
Amy Maizuraa
Lenovo kini menjual Legion Glasses Gen 2 di Malaysia pada harga RM1799 seunit. Ia merupakan kaca mata realiti tambahan (AR) generasi baharu dengan rekaan moden yang menyerupai kaca mata nipis tanpa bingkai. Rekaan ini bukan sahaja nampak bergaya, malah lebih ringan dan selesa dipakai.

Legion Glasses Gen 2 hadir dengan bingkai tepi tebal dan engsel berwarna perak menyerupai logam. Beratnya hanya 65 gram yang menjadikan ia lebih selesa untuk dipakai dalam tempoh yang lama. Ia dilengkapi dengan paparan Micro-OLED beresolusi 1920 x 1080 bagi setiap mata dengan nisbah kontras 200,000:1 dan kadar segar semula 20Hz.

Legion Glasses Gen 2 menawarkan sudut pandang 43.5 darjah bersamaan dengan pengalaman menonton skrin 126″. Ia dilengkapi dengan dua pembesar suara terbina, mikrofon berkembar dan tiga butang fizikal untuk kawalan. Kaca mata ini turut boleh disambungkan ke pelbagai peranti termasuk konsol seperti Legion Go S melalui USB-C dengan sokongan DP Alt Mode.

Lenovo turut memperkenalkan ciri 3D Mode percuma untuk Legion Glasses Gen 2. Ia membolehkan permainan 2D ditukar kepada paparan 3D stereoscopic dengan sokongan lebih 20 judul permainan semasa pelancaran. Buat masa ini, senarai permainan masih belum didedahkan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.