Malaysia Oversight

Apple Airpods Pro 3 Tidak Akan Dilengkapi Dengan Kabel Pengecasan USB Type-C

By Amanz in September 11, 2025 – Reading time 1 minute
Apple Airpods Pro 3 Tidak Akan Dilengkapi Dengan Kabel Pengecasan USB Type-C


Airpods Pro 3 Tidak Akan Dilengkapi Dengan Kabel Pengecasan USB Type-C

September 11, 2025

Nazrin

Bersama-sama dengan pelancaran siri peranti pintar 17 baru-baru ini, Apple turut memperlihatkan fon telinga premium terbaru mereka, Apple Airpods Pro 3.

Ia dijual pada harga RM999 di pasaran tempatan dan dilihat hadir dengan pelbagai ciri baru yang menarik, seperti sensor photoplethysmography (PPG) yang boleh memberi anggaran denyutan nadi pengguna dan juga ciri terjemahan secara nyata terbina.

AirPods Pro 3 Rumusan

Ia juga telah disahkan bahawa Airpods Pro 3 tidak akan hadir dengan kabel pengecasan USB Type-C, dimana anda nampaknya akan perlu menggunakan kabel USB Type-C anda sendiri ataupun memanfaatkan ciri pengecasan nirwayar Qi2 yang terbina didalam rangka pengecasan fon telinga ini.

Ketiadaan kabel pengecasan tersebut dilihat sebagai satu cara untuk Apple menambahkan keuntungan pada produk-produk mereka, khususnya apabila kita lihat bahawa kabel pengecasan 70W untuk 17 dan 17 Pro (yang kami jangkakan boleh juga digunakan untuk aksesori Airpods Pro 3 ini) dijual pada harga RM169.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link