Malaysia Oversight

Muda kecam kegagalan batal pasport menantu Muhyiddin

By MkiniBM in September 11, 2025 – Reading time 1 minute
Muda kecam kegagalan batal pasport menantu Muhyiddin


Parti Muda mengecam pihak berkuasa penguatkuasaan atas kegagalan membatalkan pasport menantu bekas perdana menteri Yassin, Adlan Berhan, seorang ahli perniagaan yang diburu dan berada dalam senarai dikehendaki SPRM sejak 2023.

Ini susulan kenyataan Ketua Pengarah Imigresen, Zakaria Shaaban, yang berkata pihaknya tidak menerima sebarang permintaan untuk membatalkan dokumen perjalanan Adlan, yang disyaki terbabit dalam rasuah.

ca921c3f3ce8cbb7f6476822b5235626
Leben Siddarth

Ketua Penerangan Muda, Leben Siddarth, menyifatkan kegagalan itu sebagai mengejutkan, lebih-lebih lagi kes tersebut mendapat perhatian orang ramai.

“Bagaimana mungkin dalam sebuah negara dengan pelbagai badan penguatkuasaan, setiap jabatan masih bekerja dalam silo, tidak mampu berkomunikasi atau berkoordinasi dengan berkesan?

“Jika SPRM, polis dan Jabatan Peguam Negara sudah maklum mengenai kes ini, mengapa imigresen belum dimaklumkan secara rasmi?

“Ini sama ada kegagalan komunikasi antara agensi atau cubaan sengaja untuk melengahkan tindakan.

“Dalam kedua-dua keadaan, ia menimbulkan persoalan serius mengenai kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan sistem penguatkuasaan kita,” katanya kepada Malaysiakini.

79df9c5a875285670c93d7350bd6f1bd
Azam Baki

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata agensi itu sudah menghantar permintaan kepada Kementerian Dalam Negeri.

Menurut Azam, mereka percaya Adlan mungkin berada di negara tertentu di Asia Barat.

Pada Februari tahun lalu, Azam berkata Adlan, yang sudah menghilang selama dua tahun, bakal berdepan pertuduhan pecah amanah jenayah.

Pada Ogos 2023, Adlan melalui peguamnya menafikan dirinya melarikan diri dan mendakwa meninggalkan negara atas urusan perniagaan.

Dia turut berjanji akan pulang ke Malaysia sekiranya tiada unsur “ancaman dan penganiayaan”.



Source link