Malaysia Oversight

OpenAI Dan Oracle Menandatangani Perjanjian Perkakasan Awanan Baru Bernilai RM1.26 Trilion

By Amanz in September 11, 2025 – Reading time 1 minute
OpenAI Dan Oracle Menandatangani Perjanjian Perkakasan Awanan Baru Bernilai RM1.26 Trilion


Jika anda mengikuti perkembangan dunia teknologi kecerdasan buatan, anda pasti mengetahui bahawa OpenAI sedang dalam proses untuk membangunkan satu projek pusat data AI yang dinamakan Project Stargate di Amerika Syarikat untuk memperkasakan kemampuan AI syarikat dan negara tersebut.

Terkini, ia dilaporkan bahawa OpenAI telah menandatangani perjanjian untuk membeli perkakasan dan teknologi awanan baru bersama-sama Oracle yang bernilai $300 bilion (~RM1.2 trilion) sepanjang tempoh lima tahun akan datang untuk projek pusat data ini.

image 133

Kedua-dua syarikat ini, bersama-sama dengan pelaburan dari Softbank akan membangunkan pusat-pusat data Project Stargate yang akan memerlukan kapasiti kuasa 4.5GW, dengan OpenAI juga sebelum ini telah menandatangani perjanjian untuk membina cip pemprosesan AI mereka sendiri. Menjelang 2029, OpenAI dijangka akan membelanjakan sebanyak $119 bilion untuk pembangunan teknologi AI mereka, dari pembangunan perisian, latihan AI dan juga pelaburan dalam pusat data mereka sendiri.

Aktiviti pecah tanah sudahpun bermula untuk Project Stargate, dimana tapak pembangunan untuk pusat data Stargate 1 di Abilene, Texas, dan 19 pusat data lain dijangka bermula sepanjang tahun ini juga. Keseluruhan pelaburan kewangan untuk Project Stargate dianggarkan bernilai $500 bilion apabila ia dijangka siap sekitar tahun 2029.

Dalam pada itu, pengumuman ini juga telah melonjakkan nilai saham syarikat Oracle, dan menjadikan CEO dan pemilik syarikat, Larry Ellison sebagai manusia terkaya di dunia untuk seketika.

Wall Street Journal



Source link