Malaysia Oversight

UK haramkan ‘sim farm’ diguna untuk hantar mesej penipuan

By MkiniBM in April 24, 2025 – Reading time 2 minute
UK haramkan 'sim farm' diguna untuk hantar mesej penipuan


GLOBAL l United Kingdom akan mengharamkan penggunaan peranti ‘sim farm’ iaitu alat yang boleh memuatkan pelbagai kad SIM, bagi mengekang kegiatan penipuan melalui mesej teks secara besar-besaran.

Larangan ini, yang pertama seumpamanya di Eropah akan menjadikan pemilikan atau pembekalan peranti itu tanpa alasan yang munasabah sebagai satu kesalahan.

Hukuman termasuk denda tanpa had di England dan Wales serta denda £5,000 (kira-kira US$6,600) di Scotland dan Ireland Utara, lapor PA Media/dpa.

deab1f69683846a57e5b6a4234e7029e

Menurut UK, peranti itu digunakan oleh penjenayah bagi menghantar ribuan mesej penipuan serentak dan juga mencipta akaun media sosial secara besar-besaran.

Pejabat Dalam Negeri UK mendedahkan kadar jenayah penipuan meningkat sebanyak 19 peratus tahun lalu dan kini merangkumi lebih 40 peratus daripada semua jenayah yang dilaporkan di England dan Wales.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Bahagian Penipuan Agensi Jenayah Negara (NCA), Nick Sharp menyifatkan penipuan sebagai jenayah yang paling berkemungkinan dialami oleh semua orang.

“Kami tahu peranti “sim farm” memudahkan penipuan berskala besar dengan membolehkan penjenayah menghubungi ramai mangsa dengan mudah. Larangan ini adalah instrumen penting dalam usaha kami menumpaskan penjenayah,” katanya.

memaklumkan larangan itu akan dikuatkuasakan enam bulan selepas Rang Undang-Undang Jenayah dan Pengawasan menerima perkenan diraja.

Mesej penipuan menerusi khidmat pesanan ringkas (sms) menjadi semakin berleluasa sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pengendali mudah alih UK memperkenalkan pelbagai teknologi bagi mengesan dan menyekat mesej itu sebelum sampai ke pengguna.

Ketua Keselamatan Korporat Vodafone UK, Rachel Andrews berkata pengharaman “sim farm” merupakan langkah penting dalam mencegah penipuan.

“Setakat tahun ini, kami menyekat lebih 38.5 juta mesej yang disyaki penipuan.

Bagi 2024, angka itu meningkat kepada lebih 73.5 juta. Sejak 2023, industri telekomunikasi UK telah menyekat lebih satu bilion mesej penipuan,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa kerjasama antara industri dan kerajaan adalah kunci untuk membanteras jenayah secara berkesan.

– Bernama-PA Media/dpa



Source link