Malaysia Oversight

Infinix GT30 Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Cip Dimensity 7400 Dan Berharga RM1,099

By Amanz in September 11, 2025 – Reading time 1 minute
Infinix GT30 Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Cip Dimensity 7400 Dan Berharga RM1,099


Infinix GT30 Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Cip Dimensity 7400 Dan Berharga RM1,099

September 11, 2025
Infinix

Amy Maizuraa

Infinix memperkenalkan model baharu GT30 ke pasaran Malaysia dengan harga jualan RM1,099. Ia hadir dengan skrin AMOLED 6.78-inci 1.5K 144Hz dengan kecerahan puncak 1600nits. Ia menyokong teknologi PWM 2304Hz untuk mengurangkan kelipan serta menerima TÜV Low Blue Light bagi keselesaan mata.

GT 30 KV with Price

GT30 hadir dengan cip Dimensity 7400, memori 8GB RAM, serta storan dalaman 256GB. Peranti juga dilengkapi dengan sistem penyejukan 3D Vapor Cloud Chamber untuk memastikan suhu kekal stabil sepanjang permua.

Ia turut menggunakan bateri 5,500mAh yang menyokong pengecasan 45W di samping mempunyai teknologi Bypass Charging 2.0 untuk membenarkan pengguna bermain permua sambil mengecas.

GT 30 Infographic Visual

GT30 dilengkapi pembantu pintar Folax yang boleh diaktifkan dengan satu sentuhan untuk pelbagai fungsi seperti main semula muzik melalui Boom play dan YouTube Music.

Ia juga menyokong fungsi AI seperti Document Assistant, Recording Summary dan Media Creation termasuk fungsi pemadam imej serta penjanaan kertas dinding (wallpaper).

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link