Malaysia Oversight

Telefon Mercu OnePlus Akan Datang Sokong Kadar Segar Semula Lebih Tinggi

By Amanz in September 11, 2025 – Reading time 1 minute
Telefon Mercu OnePlus Akan Datang Sokong Kadar Segar Semula Lebih Tinggi


Telefon Mercu OnePlus Akan Datang Sokong Kadar Segar Semula Lebih Tinggi

September 11, 2025
OnePlus

Amy Maizuraa

Pegawai Eksekutif OnePlus China, Li Jie Louis mengumumkan bahawa OnePlus bakal memperkenalkan era baharu dalam teknologi paparan telefon pintar dengan kadar segar semula yang lebih tinggi. Beliau menyatakan bahawa teknologi ini merupakan antara peningkatan paling besar dalam pengalaman pengguna sepanjang sedekad lalu.

Pandang Pertama OnePlus 13 Belakang Tegak dan Kotak

Beliau turut menyambut baik langkah yang kini menyertai era kadar segar semula tinggi melalui pelancaran 17 yang menyokong paparan 120Hz secara menyeluruh. Menurutnya, teknologi kadar segar semula tinggi semakin diterima sebagai ciri penting dalam telefon pintar dan berpotensi menjadi standard industri.

Li Jie menjangkakan bahawa pengeluar lain mungkin mengambil pendekatan serupa seperti mana yang pernah berlaku sebelum ini. Beliau juga percaya bahawa pengenalan teknologi baharu ini bukan sahaja meluaskan pilihan pengguna tetapi menyumbang kepada peningkatan pengalaman secara keseluruhan.

OnePlus 13R Rasmi 05

Model yang dijangka membawa teknologi ini ialah OnePlus 15 yang akan dilengkapi paparan beresolusi 1.5K dan kadar segar semula sehingga 165Hz. Peranti ini dijangka dilancarkan secara rasmi di pada Oktober 2025.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link