Malaysia Oversight

Mahkamah Tinggi arah Telegram sekat Edisi Siasat, Edisi Khas

By MkiniBM in September 11, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Telegram supaya menyekat saluran Edisi Siasat dan Edisi Khas, daripada membolehkan mereka menyebarkan kandungan berbahaya yang boleh mengancam ketenteraman awam di platform tersebut.

Peguam SN Nair, yang mewakili Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam saman berterusan terhadap aplikasi pemesejan itu, mengesahkan keputusan yang disampaikan oleh Hakim Mahazan Mat Taib di kamar pagi tadi.

Dia memberitahu pemberita selepas prosiding bahawa hakim juga mengeluarkan perintah injunksi larangan hari ini, yang akan berkuat kuasa sehingga kes tersebut diselesaikan.

[Laporan penuh menyusul]



Source link