PayNet Ingin Bangunkan Model Kecerdasan Buatan Bersekutu, FinancialGPT
Aman
PayNet, badan sebalik sejumlah perkhidmatan kewangan di Malaysia, termasuk MEPS, MyDebit, DuitNow, FPX, dan beberapa yang lain,kini berkongsi mengatakan sedang meneroka pembangunan model kecerdasan buatan bersekutu tersendiri, dengan fokus terhadap kewangan. Nama sementara yang diberikan adalah FinancialGPT.
Model ini akan berfungsi dalam mengesan penipuan dan memperkukuh keselamatan pembayaran digital. Model berkenaan akan dilatih menggunakan data transaksi kewangan di Malaysia, sekaligus meningkatkan daya tahan terhadap ancaman siber. Ia juga akan menangani isu penipuan, selain memastikan keterangkuman kewangan yang lebih meluas.
PayNet masih pada peringkat awal untuk pembangunan ini, dan akan turut bekerjasama dengan sejumlah penyelidik daripada institusi terkemuka.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.