Amazon Turut Sedang Bangunkan Kaca Mata Pintar AR
Aman
Amazon, gergasi edagang yang turut menawarkan pelbagai perkhidmatan dibawah mereka, kini dilaporkan sedang bangunkan dua kaca mata pintar dengan fokus kumpulan pengguna berbeza. Dengan langkah ini, Amazon turut menyertai arena kaca mata pintar AR yang kini diterajui Meta, selain disertai juga oleh Xiaomi, Samsung, Google, Snap, dan HTC.
Amazon dilaporkan akan bangunkan satu kaca mata pintar memfokuskan pengguna, dan satu lagi untuk pemandu dan penghantar barangan Amazon.
Salah satu modelnya dikatakan akan hadir dengan panel paparan pada sebelah mata, dan turut dilengkapi dengan mikrofon, speaker dan kamera. Seperti ramai sedia maklum, Amazon sedia mempunyai penawaran pembantu maya dikuasakan AI mereka tersendiri, dinamakan AI.
Amazon dijangka memperkenalkan kaca mata mereka sekitar 2026 atau 2027 kelak.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.