Malaysia Oversight

Kg Sungai Baru dikawal ketat bagi kerja pengosongan kediaman

By MkiniBM in September 11, 2025 – Reading time 1 minute
Kg Sungai Baru dikawal ketat bagi kerja pengosongan kediaman


Polis mengawal ketat Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur bagi tujuan mengosongkan kediaman pendudukan yang enggan berpindah.

Tiada mana-mana pihak termasuk media dibenarkan masuk ke kawasan berkenaan yang dikawal oleh pihak polis sejak awal pagi ini.

“Hanya mereka yang mempunyai khas sahaja dibenarkan masuk. Petugas media juga tidak dibenarkan masuk, maaf ya,” kata seorang anggota polis yang bertugas.

Difahamkan polis mengawal ketat kawasan itu bagi mengelak provokasi dan sebarang kejadian tidak diingin.

Ketika berada berhampiran anggota polis yang bertugas mengawal lalu masuk, kedengaran arahan jelas daripada ‘walkie-talkie’ pihak polis tiada sesiapa dibenarkan masuk ke kawasan berkenaan.

Buat masa ini kerja-kerja pengosongan sedang dijalankan dan dipantau pegawai mahkamah ataupun bailif.

c3411a8207afbc92b4cd3fe4242258f0

[Berita penuh menyusul]



Source link