BMW Mengatakan Pelanggan Tidak Begitu Menggunakan Apple CarPlay
Effi Saharudin
BWM mengejutkan dunia automotif apabila membatalkan pelan menggunakan sistem Apple CarPlay Ultra. Mereka antara syarikat awal memberikan sokongan untuk menggunakan sistem Apple yang mengubah keseluruhan antaramuka kenderaan apabila diaktifkan. Kenyataan terkini yang dikeluarkan eksekutif BMW memberikan sebab mengapa implementasi CarPlay Ultra dibatalkan.

Dua hari lalu Stephan Durach, Timbalan Presiden Kanan Pembangunan UI/UX BMW berkata data syarikat menunjukkan majoriti pelanggan mereka tidak begitu menggunakan CarPlay. Sebaliknya mereka memilih menggunakan sistem navigasi terbina yang diberikan BMW dalam kenderaan keluaran mereka. Durach berkata penggunaan CarPlay untuk navigasi dalam BWM ialah sebuah mitos.
Ini adalah berdasarkan data 10 juta kenderaan yang telah dikumpul. Walaupun beliau mengakui ada pelanggan menggunakan CarPlay untuk tujuan pemesejan, ianya adalah golongan minoriti. Maka dari sudut pandangan BMW, memberikan usaha menyokong CarPlay Ultra mungkin kurang berbaloi dan sokongan CarPlay asas sahaja sudah memadai.
Di Malaysia tekanan daripada pengguna berjaya memaksa Proton untuk membawakan sokongan CarPlay dan Android Auto pada X50, X70 dan e.MAS 7. Secara peribadi saya menggunakan Android Auto sekadar untuk integrasi pemain muzik.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.