Malaysia Oversight

Uber Akan Menawarkan Teksi Terbang Sewal 2026

By Amanz in September 11, 2025 – Reading time 1 minute
Uber Akan Menawarkan Teksi Terbang Sewal 2026


Uber Akan Menawarkan Teksi Terbang Sewal 2026

September 11, 2025
Aeronautik
Seru-Pandu

Effi Saharudin

Uber akan akhirnya menawarkan perkhidmatan “seru-terbang” pula seawal tahun 2026. Ini adalah menerusi kerjasama dengan syarikat Blade yang merupakan anak syarikat Joby Aviation. Seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini, Joby Aviation akan menawarkan perkhidmatan teksi terbang mereka di Dubai tahun ini.

Joby Aero Aviation
Teksi terbang Joby Aero

Sejak 2016 lagi Uber ingin menawarkan perkhidmatan teksi terbang dengan konsep eCRM diperlihatkan pada tahun 2018. Pelan asal Uber ialah menawarkan UberAir menjelang 2023 tetapi selepas mengalami masalah kewangan projek pembangunan teksi terbang mereka sendiri telah dihentikan.

Perang teksi terbang kini semakin reda dengan Joby, eHang, Volocopter dan Archer Aviation menjadi empat syarikat utama yang sudah berjaya melakukan penerbangan pertama. Archer misalnya akan menawarkan teksi terbang ketika Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles. Volocopter pula gagal menawarkannya di Sukan Olimpik Paris tahun lalu tidak berjaya menerima kebenaran daripada Datuk Bandar

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link