Malaysia Oversight

Pemimpin lemah dipilih bila rakyat sokong ikut sentimen, personaliti

By MkiniBM in September 10, 2025 – Reading time 2 minute
Pemimpin lemah dipilih bila rakyat sokong ikut sentimen, personaliti


Bekas Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata kebergantungan rakyat kepada faktor personaliti dan sentimen dalam memilih pemimpin telah menyebabkan negara ditadbir kepimpinan yang tidak berkesan.

Ahli Parlimen itu berkata, perkara itu berlaku walaupun pemimpin politik – sama ada Perdana Menteri atau menteri lain – sebenarnya dibayar gaji oleh rakyat untuk mentadbir dan menyelesaikan masalah negara.

Budaya masyarakat kita menilai seorang calon pemimpin berdasarkan sentimen dan personaliti, bukannya kebolehan dan ilmu untuk mentadbir dan menyelesaikan masalah.

“Itulah punca kepada penyakit masyarakat kita, iaitu calon Perdana Menteri banyak tetapi formula untuk selesai masalahnya kurang. 

“Kitaran ini akan berterusan. Masalah akan dipanjangkan dan sebenarnya yang menanggung beban adalah tukang wala’ politik tidak bergaji juga,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama secara khusus, Rafizi turut menyentuh isu yang melanda pelbagai parti politik, termasuk partinya sendiri.

Dia antaranya membangkitan dakwaan usaha pihak dalam Bersatu untuk menyingkirkan Yassin daripada jawatan presiden parti.

Berhubung partinya sendiri, bekas timbalan presiden itu berkata walaupun pemilihan telah berakhir, ramai ahli serta pengundi yang masih terluka dengannya.

Fitnah, buli siber

Rafizi juga menegur penyokong parti yang sering mengkritik lawan politik dengan menggunakan kata-kata kesat dan penghinaan, dan mengingatkan bahawa mereka sedang menanggung dosa fitnah.

Katanya, penghinaan yang dilemparkan di media sosial itu sering bertukar menjadi buli siber.

“Ia sedikit sebanyak menjadi teladan kepada anak-anak kita, kerana pewala’ yang memaki hamun ini juga ibu bapa.

“Akhirnya, bila ada pemimpin baru yang naik, masalah tidak selesai. Maki hamun berterusan dan kitaran itu berterusan,” katanya lagi.



Source link