Vimeo Diambil-alih Pada Nilai Mencapai $1.38 Bilion
September 10, 2025
Web 2.0
Aman
Vimeo hari ini mengumumkan mereka telah mencapai persetujuan untuk diambil-alih oleh Bending Spoons pada nilai sekitar $1.38 bilion. Pengambil-alihan ini dijangka selesai menjelang suku ke-4 2025 ini.
Dengan pengambil-alihan ini, Vimeo akan beroperasi seperti biasa sebagai syarikat dibawah portfolio Bending Spoons, sekaligus terus membangunkan pelbagai ciri-ciri melibatkan video, pengehosan dan berkaitan dengannya.
Bending Spoons sebelum ini sedia mengambil-alih dan mengoperasikan sejumlah jenama dibawah mereka, termasuk antaranya adalah Evernote, Meetup, dan juga WeTransfer. Sekitar 300 juta pengguna seluruh dunia kini menggunakan perkhidmatan bawah Bending Spoons pada hari ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.