Malaysia Oversight

SPRM 18 pegawai penguat kuasa antara 27 ditahan

By MkiniBM in September 10, 2025 – Reading time 2 minute
SPRM 18 pegawai penguat kuasa antara 27 ditahan


SPRM menahan 27 individu termasuk 18 pegawai agensi penguat kuasa yang disyaki terlibat dengan sindiket counter setting bagi melepaskan warga asing masuk ke Malaysia tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan.

Menurut sumber, kesemua suspek yang terdiri daripada 19 lelaki dan lapan wanita berusia lingkungan 20-an hingga 50-an ditahan menerusi operasi di sekitar , Melaka, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan semalam.

“Suspek yang ditahan disyaki terlibat sindiket counter setting yang mana mereka dipercayai memberi dan menerima wang rasuah sebagai balasan untuk memudahkan urusan kemasukan warga negara asing ke negara ini tanpa menerusi prosedur yang ditetapkan.

“Susulan operasi itu juga SPRM telah menyita wang tunai lebih RM200,000, beberapa unit barangan kemas, kepingan emas, kereta, motosikal, beg tangan, jam tangan dan peranti telekomunikasi,” katanya.

Bagi penahanan di , majistret Muhammad Syafiq Sulaiman membenarkan penahanan reman tiga hari bermula hari ini ke atas 13 individu melibatkan empat pegawai agensi penguat kuasa, lima pemilik syarikat, seorang pengurus syarikat dan tiga orang awam.

Bagi tangkapan di Melaka pula, majistret Uthman Abd Ghani membenarkan tiga pegawai agensi penguat kuasa direman selama empat hari sehingga 13 Sept, serta dua lagi selama lima hari sehingga 14 Sept selepas permohonan dibuat SPRM pagi tadi.

Sementara itu, di Negeri Sembilan Majistret Sara Afiqah Zulkipli membenarkan lapan pegawai agensi penguat kuasa direman selama tujuh hari sehingga 16 September, manakala bagi tangkapan di Kuala Lumpur, majistret S Arunjothy membenarkan seorang lagi pegawai agensi penguat kuasa direman selama lima hari sehingga 14 Sept.


Baca: Sindiket pagar automatik: Harapkan pagar, pagar makan padi


Semalam, Bahagian Perisikan SPRM telah menjalankan operasi di sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan menerusi Op Rentas.

Susulan operasi itu, seramai 30 individu ditahan dan SPRM turut membekukan 40 akaun bank melibatkan 34 akaun individu dan enam akaun syarikat, dengan nilai keseluruhan lebih RM1 juta.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan tangkapan terhadap kesemua suspek.

Menurutnya, kes disiasat dibawah Seksyen 16 dan 17 Akta SPRM 2009.



Source link