Lenovo Legion Go (8.8”, 2) Berharga Bermula RM5399 – Dijual Pada Pertengahan Oktober 2025
Amy Maizuraa
Lenovo Malaysia mengesahkan bahawa Lenovo Legion Go (8.8”, 2) akan mula dijual pada pertengahan Oktober 2025 dengan harga bermula RM5399.

Ia menampilkan skrin OLED WUXGA 8.8-inci (1920 x 1200 piksel) dengan nisbah aspek 16:10, kadar segar semula 144Hz, kecerahan puncak 500 nits dan pensijilan VESA TrueBlack 1000. Ini dipadankan dengan cip AMD Ryzen Z2 Extreme bersama memori 32GB RAM LPDDR5X dan storan SSD PCIe Gen 4 sehingga 2TB. Sistem operasi yang digunakan ialah Windows 11.


Bateri pula sebesar 74Whr dengan sokongan pengecasan pantas Super Rapid Charge 65W. Ciri tambahan lain termasuk pembesar suara terbina 2 x 2W, sambungan Wi-Fi 6E dan Bluetooth 5.3. Pilihan sambungan disediakan seperti USB Type-C, pembaca kad microSD dan bicu audio 3.5mm.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.