Malaysia Oversight

Tentera ambil alih kuasa selepas kerajaan Nepal digulingkan

By MkiniBM in September 10, 2025 – Reading time 1 minute
Tentera ambil alih kuasa selepas kerajaan Nepal digulingkan


Tentera Nepal mengambil alih kuasa pada Selasa malam selepas dua hari protes yang mengorbankan 20 orang serta menggulingkan pimpinan Perdana Menteri KP Sharma Oli, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.

Portal berita SetoPati melaporkan tentera “sedang beroperasi di seluruh negara.”

0d2bce7ff7df4ed23af387300cdc94c0

Askar dikerahkan untuk mengekalkan undang-undang dan ketenteraman ketika penunjuk perasaan merosakkan harta benda awam serta membebaskan banduan.

Terdahulu, Panglima Tentera Darat Jeneral Ashok Raj Sigdel, menggesa agar semua pihak bertenang dan mengadakan dialog bagi menyelesaikan krisis di negara Himalaya itu.

Semua lapangan terbang turut ditutup.

Presiden Ramchandra Paudel sedang bersiap memulakan proses membentuk baharu selepas beliau menerima peletakan jawatan Oli.

Hampir 350 yang lain dilaporkan cedera.

Nepal menyaksikan beberapa peristiwa dramatik sejak Isnin selepas Oli melarang penggunaan media sosial, sambil menggesa syarikat multinasional itu membuka pejabat di negara berkenaan.

77acd8b9923dfbe01e6d1386f56ed016

Tindakan itu mencetuskan protes besar-besaran di ibu negara Kathmandu apabila penunjuk perasaan menyerbu bangunan awam dan pejabat parti politik, termasuk memasuki bangunan Parlimen sebelum membakarnya.

Penunjuk perasaan turut membakar kediaman beberapa pemimpin utama termasuk Pejabat Presiden, ketika protes ganas berterusan walaupun mengumumkan larangan terhadap media sosial ditarik balik.

– Bernama-Anadolu



Source link