Malaysia Oversight

Reformasi perkhidmatan awam jimat kos beban peraturan RM835 juta

By TheSun in September 10, 2025 – Reading time 1 minute
Reformasi perkhidmatan awam jimat kos beban peraturan RM835 juta


KUALA LUMPUR: Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) berjaya merekodkan penjimatan kos beban peraturan berjumlah lebih RM835 juta menerusi pelaksanaan 122 projek.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengumumkan kejayaan ini sempena ulang tahun pertama pelaksanaan ARPA kepada semua penjawat awam.

Beliau menyatakan dalam tempoh sama lebih 1,007 projek reformasi bagi mengurangkan kerenah birokrasi turut didaftarkan.

“Genap setahun lalu, saya memperkenalkan ARPA kepada semua penjawat awam, dan kini impak awal sudah dapat dilihat.”

“Kita tidak boleh membiarkan rakyat menunggu lama bagi proses permohonan yang boleh dipermudahkan, khususnya melalui pendigitalan dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI),” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Shamsul Azri berkata beliau turut meminta pasukan ARPA mengadakan sesi libat urus bersama pemain industri serta beberapa badan bukan yang berkaitan.

“Langkah ini selaras dengan semangat New Public Service yang menekankan penglibatan rakyat dalam proses pembuatan dasar ,” katanya. – Bernama



Source link