Firefox Akan Menamatkan Sokongan Linux 32-bit Pada 2026
Aman
Mozilla kini memaklumkan mereka akan menamatkan sokongan untuk Firefox 32-bit bagi pengguna Linux, berkuat-kuasa sekitar September 2026 kelak. Untuk makluman, pada hari ini, pelbagai penyedia perisian telah menamatkan sokongan untuk versi Linux 32-bit, dan Firefox antara yang masih menyokong kepada para pengguna mereka.
Mozilla menyasarkan versi Firefox 144 akan menjadi versi akhir hadir dengan sokongan Linux 32-bit, dan bermula Firefox 145, sokongan tidak lagi akan disertakan.
Pada hari ini sendiri, ramai telah beralih kepada sistem komputer berasaskan 64-bit, dan langkah ini juga dilihat selari dengan peralihan dan penggunaan di pasaran. Mozilla turut menekanka yang mana Firefox ESR 140 akan terus disokong sehingga September 2026 kelak.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.