Nubia Air Dilancarkan Dengan Tubuh Nipis Dan Bateri 5000mAh
Amy Maizuraa
Nubia Air telah dilancarkan sebagai telefon yang nipis dengan ketebalan 5.9mm namun dilengkapi bateri besar 5,000mAh. Ia direka dengan pelbagai ciri praktikal seperti skrin AMOLED 6.78″ 120Hz dan kecerahan puncak 4500 nits. Peranti turut dilindungi oleh Corning Gorilla Glass 7i serta mempunyai penarafan kalis air IP68/IP69K.

Nubia Air dijana oleh cip Unisoc T8300 bersama memori 8GB RAM dan storan 256GB. Ia turut dilengkapi AI yang boleh mengoptimumkan prestasi CPU dengan mengenal pasti aplikasi yang jarang digunakan untuk bantu menjimatkan bateri sehingga 20%. Peranti juga hadir dengan sensor utama 50MP (EIS) serta kamera swafoto 20MP untuk rakaman imej dan video yang jelas.

Nubia Air turut dilengkapi AI Real-Time Translate bagi terjemahan dua hala semasa panggilan telefon, serta AI Conversation Translate untuk perbualan bersemuka. Ia juga menyokong AI Noise Cancellation dan AI Echo Cancellation 3.0 bagi meningkatkan kualiti panggilan.
Walaupun kapasiti bateri didedahkan namun maklumat mengenai sistem pengecasan masih belum diumumkan oleh Nubia.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.