Hanya TikTok, Telegram Dan WeChat Mendaftar Lesen Media Sosial Di Malaysia – Meta Dan Google Masih Belum Setakat 31 Ogos 2025
Aman
Kementerian Komunikasi kini berkongsi mengatakan sebanyak tiga syarikat media sosial dan permesejan internet telah mendaftar lesen dibawah SKMM setakat ini, iaitu TikTok, WeChat dan juga Telegram Messenger. Data terbaru pendaftaran ini adalah setakat 31 Ogos 2025 lepas.

Ia dikatakan pihak SKMM masih dalam perbincangan bersama Meta yang menjalankan Facebook, Instagram, Threads dan WhatsApp, selain turut berbincang bersama Google yang mengoperasikan YouTube. Sebelum ini, Google telah mengatakan YouTube tidak tertakluk dibawah takrif yang dikatakan media sosial, sementara X pula mengatakan tidak mencapai angka pengguna 8 juta di Malaysia yang memerlukan pendaftaran lesen berkenaan.
Secara kasar, platform dari barat di lihat tidak mendaftar lesen untuk operasi di Malaysia buat masa ini. Sebelum ini, kerajaan telah mengarahkan platform sosial untuk berdaftar di Malaysia dalam usaha menjadikan platform berkenaan lebih bertanggungjawab dalam kandungan yang dipaparkan melalui platform tersebut, dan memerangi pelbagai scam dan penipuan di platform masing-masing.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.